(navigation image)
Home American Libraries | Canadian Libraries | Universal Library | Community Texts | Project Gutenberg | Children's Library | Biodiversity Heritage Library | Additional Collections
Search: Advanced Search
Anonymous User (login or join us)
Upload
See other formats

Full text of "Jawapan Terbuka 020913"

IBNUANASAL-KUTAWI 



Jawapan Terbuka 

dalam Polemik Hukum Wanita Menutup Muka 

Sebuah Kritikan ke atas Artikel 'Berniqab atau Tidak 
Berniqab?' oleh Fatimah Syarha 



^>-J\ <y^J\ ill p— > 



Edisi pertama September 2013 



Kandungan 

3 

Penghargaan 

4 

Mukadimah 

5 

Bab Satu 

Memahami Pendirian Fatimah Syarha 
8 

Bab Dua 

Menolak Penisbahan Pendapat Tidak Wajib Menutup Muka 

kepada Jumhur 
12 

Bab Tiga 

Hujah-hujah TidakWajib Menutup Muka oleh Fatimah Syarha 

Serta Jawapan 
53 

Bab Empat 

Menguis Upaya Fatimah Syarha Mewajarkan 

Amalan Tidak Menutup Muka 

86 

Peleraian 

101 



Penghargaan 

Sejambak terima kasih 

istimewa untuk kekasih, 

Rohani binti Hashim 

dan adik dalam rahim 

kerana cuba memahami 

kekalutan si suami 

kesulitan sang ayah 

menangani kerenah 

anak-anak bermasalah. 

Ingatpesan daku 

Biar apa pun berlaku 

Pegang erat purdahmu 

Jangan bosan usahjemu 

Berbanggalah, wahai adinda 

Sungguh kita telah berjaya 

Menjadi gharib zaman ini 

Menjadi dagang benua ini. 



Mukadimah 

Alhamdulillah dan selawat dan salam kepada Rasulullah, ahli bait, dan 
para sahabat. 

Pada hari putih bulan Ramadan yang lalu, saya mula menyibukkan diri 
dengan menjawab keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh Fatimah 
Syarha, seorang penulis prolifik tanah air tentang kewajipan menutup 
muka. Memakan masa lebih sebulan, akhirnya siaplah sudah risalah ini. 
Saya namakannya, 'Jawapan Terbuka dalam Polemik Hukum Wanita 
Menutup Muka'. 

Saya tidak menankan jasa dan sumbangan beliau dalam perkembangan 
dakwah khususnya kepada masyarakat remaja di Malaysia. Tetapi, 
kesilapan lebih-lebih lagi yang melibatkan persoalan agama tidak boleh 
dibiarkan sahaja. Lama-kelamaan, buruk padahnya. 

Kaum Muslimin di Malaysia kebanyakannya tidak tahu-menahu tentang 
agama. Dengan membaca tulisan seorang tokoh agama yang terkenal, 
sudah cukup baginya membuat kesimpulan walaupun tanpa berrikir 
panjang atau mengusul periksa lagi. Itulah yang mungkin berlaku 
apabila mereka membaca catatan Fatimah Syarha. 

Sekali baca, tulisan beliau tidak nampak bermasalah. Tetapi, sekiranya 
direnung dan ditenung, jelaslah apa yang beliau ingin sampaikan. 
Berselindung di belakang sosok besar dunia Islam, Syeikh Yusuf al- 
Qaradawi yang disebut namanya galak kali, beliau sebarkan dakyah dan 
propoganda menyatakan berpurdah atau tidak adalah sama sahaja pada 
asalnya. Tidak ada yang lebih baik walaupun seluruh ulama Islam 
bersepakat bahawa berpurdah hukumnya adalah sunat. 

Berbekalkan senjata ilmiah, saya menanggapi dakwaan beliau satu demi 
satu. Bermula dengan mendustakan dakwaan beliau bahawa sebahagian 
besar ulama berpendapat menutup muka tidak wajib, diteruskan pula 
dengan jawapan kepada sembilan dalil yang dikemukakan. Pada 



akhirnya, saya merobek khayalan melampau beliau tentang amalan 
berpurdah sebelum disempurnakan dengan kesimpulan ringkas. 

Risalah ini saya karang bertemankan tidak kurang daripada 150 rujukan 
berbahasa Arab dan beberapa rujukan dalam bahasa Melayu. 
Sebahagiannya dicatat intisarinya dan bakinya dibiarkan sahaja kerana 
tidak berkempatan atau tidak sesuai untuk dimuatkan pada mana-mana 
tempat dalam risalah ini. Tidak kurang juga kitab-kitab yang pada 
asalnya dibuka kerana disangka berkaitan dengan perbahasan tetapi 
selepas dibaca, rupa-rupanya tidak 

Penghujahan balas saya ke atas dalil-dalil Fatimah Syarha bukanlah 
dengan semborono. Oleh sebab saya tidak berkesempatan 
menghimpunkan kesemua hujah disebabkan kekangan masa, saya 
terpaksa memilih satu atau beberapa hujah terkuat sahaja yang disaring 
daripada pelbagai hujah yang disediakan alim-ulama. Saya juga tidak 
berkelapangan untuk menghuraikan jawapan selengkapnya. 

Sepanjang penghasilan kritikan seratus halaman ini, saya cuba menolak 
untuk berlaku tidak adil terhadap lawan. Atas dasar ini juga, saya 
menolak untuk memihak kepada barisan ulama yang memilih pendapat 
yang mewajibkan kerana dilihat menggunakan hujah-hujah yang lemah 
dan jawapan yang dibuat-buat. Sedaya upaya saya cuba mengelak 
daripada dipengaruhi sikap taasub dan keghairahan mempertahankan 
pendapat sendiri. Jika masih terdapat sisa bakinya, saya ucapkan 'wahai 
Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang 
melampau-lampau dalam urusan kami dan teguhkanlah tapak pendirian 
kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan 
terhadap kaum yang karir." 1 

Di sini saya jelaskan bahawa saya tidak menolak khilar tentang hukum 
menutup muka. Cuma, sama seperti Fatimah Syarha, saya juga ingin 
mempertahankan pendapat pilihan. Tetapi bukan itu tujuan utama. 



Terjemahan ayat 147, surah Alu 'Imran oleh Sheikh Abdullah Basmeih (1421 H); 
Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian aI-Qur'an; Kuala Lumpur: Darul Fikir; 
hal. 158. 



Nawaitu di hati adalah membetulkan fakta tentang hukum menutup 
muka yang diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 
Pada masa yang sama, saya ingin menjernihkan persepsi orang ramai 
tentang sahabat-sahabat kita daripada kalangan mutanaqqibat. Rata- 
rata golongan awam pada hari ini memperlakukan purdah seolah-olah 
satu perkara yang diada-adakan jauh daripada menganggapnya satu 
sunnah atau tuntutan agama. Agamawan pula membisu, seolah-olah 
sudah purdah memang tidak pernah berasal daripada Islam, hanya adat 
budaya Arab jahiliah yang diwarisi turun-temurun sehingga hari ini. 

Khusus kepada Ustazah Fatimah Syarha dan pendukung pemikiran yang 
sama dengan beliau, saya mohon jangan simpan dendam semata-mata 
disebabkan kritikan saya. Saya bersama saudari dalam perjuangan Islam 
meskipun tidak berapa berkenan dengan pembawaan saudari. Apa-apa 
pun, pesan saya agar saudari betulkan dahulu kesilapan-kesilapan yang 
dilakukan. Kemudian, terbanglah setinggi-tingginya sampai ke awan pun 
melaungkan seruan dakwah. 

Wassalam. 

Kg. Kota, Kota Bharu, 
26 Ramadan 1424 H. 



Pembaca berhak mempunyai pilihan yang 

berbeza daripada penulis selagi mana 

pilihan itu berdasarkan hujah. 

Fatimah Syarha 

Mukadimah 

Alhamdulillah Tuhan alam segala. Selawat dan salam ke atas Rasulullah 
dan ahli keluarga. 

Ammabakdu, sesungguhnya amar makrur nahi mungkar satu kewajipan. 
Antara perkara mungkar adalah menyelewengkan dan mengubahsuai 
nusus agama mengikut kehendak nafsu. Alim-ulama sama sekali tidak 
reda dengan jenayah ini. Mereka bertungkus-lumus menepis 
pendustaan dan kekarutan hasil usaha sama musuh jin dan manusia. 

Selepas menjawab Mazrisyam bin Sharir dalam isu bid'ah, saya cuba 
membetulkan kefahaman Prof. Madya Dr. Asri Zainul Abidin tentang 
muzik dan nyanyian wanita. Kali ini, saya terdorong untuk menyentuh 
perihal amalan menutup muka yang dibangkitkan oleh Ustazah Fatimah 
Syarha binti Mohd Noordin dalam laman peribadinya dalam makalah 
bertajuk, Berniqab atau Tidak Berniqab?. 2 

Fatimah Syarha, seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa 
Malaysia (UIAM) dalam bidang Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan 
bukan orang biasa sebelum bergelar sarjana dalam pengkhususan fiqh 
dan usitl al-fiqh. Beliau di sisi masyarakat remaja adalah seorang tokoh 
yang cukup berpengaruh. Karya-karyanya baik dalam bentuk novel, 
buku motivasi, mahupun artikel diterima umum. Tetapi malangnya, 
beliau telah melakukan kesilapan yang parah apabila mengutarakan 
pendapatnya dengan cara yang tidak wajar. 



2 Lihat: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/07/berniqab-atau-tidak-berniqab 
.html bertarikh 5 Julai 2011. 



Saya yakin, para pembaca tentu tidak faham mengapa saya boleh 
menuduh beliau sebegitu rupa. Tidak mengapa, izinkan saya 
menerangkan satu-persatu kebenaran dakwaan saya. Saya tidak 
bercakap kosong atau melampau dalam memperihalkan keadaan. 

Walau bagaimanapun, risalah ini didahulukan dengan ucapan maaf 
kepada Fatimah Syarha jikalau ada melakukan kekasaran. Saya tidak 
berniat untuk menjatuhkan nama baik saudari tetapi saya terpaksa 
menegur dengan cara begini. Anggaplah apa yang saya tulis ini sebagai 
nasihat yang membina, bukan teguran yang menghina. Ketahuilah, saya 
hanya menjalankan tugas saya, menerangkan kebenaran. 

Hayatilah mutiara kata Syeikh Nasir al-DIn al-Albani (1420 M), salah 
seorang ulama yang memihak kepada saudari dalam masalah yang akan 
dikupas nanti; 

Seorang manusia menyalahkan manusia yang lain, ini 
adalah perkara wajib dalam Islam. Menyalahkan bukan 
bermaksud mengkritik apalagi sebagai satu celaan atau 
cercaan. Menyalahkan itu sebenarnya menerangkan 
kebenaran. 3 



Lihat: 'All bin Hasan al-Halabl (1431 H); Manhaj al-Salaf al-Salih fi Tarjih al-Masalih 
wa-Tatwih al-Mafasid wa-aI-Qaba'ih fi Usul al-Naqd wa-al-Nasa'ih; Amman: al-Dar al- 
Athariyyah; hal. 44. 



Tidak berniqab pula menjadi utama 

dipilih oleh wanitayang menekunifiqh 

dakwah pada zaman ini. 

Fatimah Syarha 

Bab Satu 

Memahami Pendirian Fatimah Syarha 

Sebelum mengkritik, kita harus mengenal apa yang ingin dikritik Saya 
ingin mengkritik pemikiran Fatimah Syarha dalam persoalan hukum 
menutup muka. Untuk itu, saya perlu mendalami pendirian beliau 
tentang masalah ini terlebih dahulu. 

Secara ringkasnya, saya dapati beliau berpendapat, menutup muka 
daripada pandangan lelaki ajnabi atau dengan istilah lain, memakai 
niqab atau purdah bukanlah sesuatu yang diwajibkan syarak Bagi 
beliau, menutup muka terkadang lebih afdal dan dalam sesetengah 
keadaan menjadi mafdul. Ini bermakna, hukumnya tidak akan menjadi 
wajib meskipun wanita itu cantik, dipandang dengan syahwat, atau 
menimbulkan ritnah. Kata beliau; 

Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama 
dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi 
lebih utama dipilih. 

Beliau mengakui bahawa terdapat khilar dalam masalah ini. Namun 
begitu, jumhur ulama tidak mewajibkan menutup muka. Pendapat ini 
dipilih kerana tiga sebab. Pertama, kekuatan dalil. Kedua, pertimbangan 
akal yang sejahtera. Ketiga, wdqi' yang berlangsung pada zaman ini. 
Jelasnya; 

Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat 
daripada para sahabat [dthdr) dan bersandarkan kepada 
pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat 
pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan 
umat ini. 

10 



Sekiranya saya silap, mohon betulkan. 

Dalam artikel tersebut, Fatimah Syarha kerap mengutip perkataan 
Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia. Dengan 
ini, saya dapat putuskan bahawa al-Qaradawi adalah tokoh utama yang 
mempengaruhi beliau untuk mengeluarkan kesimpulan tadi. Tidak salah 
kalau dikatakan, beliau taasub kepada al-Qaradawi. Namun begitu, saya 
tidak mahu mengkritik atas nama al-Qaradawi tetapi atas nama Fatimah 
Syarha kerana saya menganggap beliau menyokong semua pendapat al- 
Qaradawi yang beliau nukilkan. 



11 



Ini adalah pendapat majoriti ulama 

fiqh sejak zaman sahabat 

Fatimah Syarha via al-Qaradawi 

Bab Dua 

Menolak Penisbahan Pendapat Tidak Wajib Menutup Muka 

kepada Jumhur 

Mengkritik dalil-dalil yang disenaraikan Fatimah Syarha tidak lengkap 
tanpa memperbetulkan kesilapan menisbahkan pendapat tidak 
wajibnya menutup muka kepada jumhur ulama. Oleh itu, saya rasa wajib 
diterangkan perkara sebenar. Sesungguhnya, mazhab jumhur ulama 
adalah mewajibkan wanita menutup muka daripada pandangan ajnabi 
sekali gus bercanggah dengan dakwaan Fatimah Syarha. 

Sebelum menyelongkar kutubkhanah mazhab untuk pembuktian, ada 
dua asas yang mustahak difahami. Tidak dapat tidak Tanpanya, 
kesilapan yang teruk boleh berlaku. Dua asas tersebut ialah: pertama, 
setiap ulama mempunyai istilah tersendiri. Seorang ulama mungkin 
mengatakan muka itu aurat tetapi tidak mewajibkan menutupnya. 
Barang kali ada ulama menyatakan muka tidak aurat tetapi memestikan 
menutupnya. Oleh itu, harus diketahui apakah maksud aurat di sisi 
mereka. Nas dalam satu-satu masalah tidak mencerminkan pendapat 
dalam masalah yang lain. 

Selain itu, mengharuskan mendedahkan muka tidak semestinya secara 
mutlak Barang kali keharusan tersebut dalam keadaan-keadaan 
tertentu dan menjadi wajib pada keadaan-keadaan lain. Begitu juga 
mewajibkan menutup muka tidak semestinya pada setiap ketika. Ini 
bermakna, pendapat seorang ulama tentang hukum menutup muka 
memerlukan kenyataan yang jelas. 

Kedua, pandangan seorang ulama tidak boleh dianggap pandangan 
muktamad bagi mazhabnya. Boleh jadi pandangannya bersifat peribadi 
dan terpencil. Jadi, untuk mengetahui pendapat muktamad mazhab, 
kaedah-kaedah yang diputuskan oleh mereka harus diikuti. Setiap 

12 



mazhab mempunyai kaedah tersendiri. Tidak semestinya pendapat yang 
masyhur antara ulama mazhab adalah pendapat muktamad di sisi 
mereka. 

Amat dikesalkan, dua asas ini tidak difahami oleh ramai orang 
termasuklah yang berperwatakan alim dan faqih. Malah, orang yang 
diangkat sebagai ulama dunia pun masih gagal memahami 
permasalahan ini hanya kerana cuai dalam mematuhi kaedah yang 
benar dalam berurusan dengan turath. Akhirnya, tinggalan ulama-ulama 
terdahulu disalahtafsirkan atau dalam banyak keadaan, disalahgunakan! 

Pandangan Mazhab Shafi'i 

Saya mulakan pembuktian dengan mazhab Shafi'i selaku mazhab umum 
di Malaysia. Dalam mazhab Shafi'i, terdapat dua pendapat. Pendapat 
pertama, menutup muka bagi wanita adalah wajib. Pendapat kedua, 
hukumnya sunat. Menurut pendapat ini, hukumnya menjadi wajib 
sekiranya menimbulkan fitnah. Saya tidak tahu mana satu pendapat 
muktamad di sisi mazhab kerana kedua-duanya diterima oleh ulama 
mazhab. 

Imam al-Nawawi (676 H) yang merupakan imam yang menjadi rujukan 
untuk mengetahui pendapat muktamad 4 pun boleh dikatakan 
mempunyai dua qawl dalam masalah ini. Hal ini disebabkan beliau 
memberi fatwa bertepatan dengan mazhab pertama tetapi menukilkan 
pendapat kedua daripada para ulama menerusi Kadi 'Iyad (544 H) di 
dalam syarahnya ke atas Sahih Muslim. Kedua-dua nas adalah seperti 
berikut; 

Nas pertama: beliau ditanya: 

Adakah harus bagi seorang Muslimah mendedahkan muka 
dan seumpamanya daripada badannya di hadapan 



4 'Alawl bin Ahmad al-Saqqaf (1425 H]; Mukhtasar al-Fawa'id al-Makkiyyah fi-Ma 
Yahtajuhu Talabah al-Shafi'iyyah; Beirut: Dar al-Basha'ir al-Islamiyyah; hal. 72. 

13 



perempuan Yahudi, Nasrani, dan sebagainya daripada 
kalangan wanita-wanita kafir? Adakah terdapat khilar 
dalam perkara tersebut di dalam mazhab Imam al-Shafi'I 
dan apa dalilnya. 5 

Maka, jawab beliau: 

Tidak harus baginya melakukannya melainkan sekiranya 
wanita kafir itu adalah hambanya. Inilah pendapat yang 
sahih di dalam mazhab al-Shafi'I radiya Allah 'anhu... 6 

Walaupun fatwa beliau tentang hukum mendedahkan aurat di hadapan 
wanita bukan Islam, fatwa ini tetap boleh disimpulkan sebagai 
menjawab persoalan mendedahkan wajah sehingga dilihat lelaki ajnabi 
kerana dua sebab. 

Pertama, wanita bukan Islam dilarang melihat wanita Islam kecuali 
bahagian yang biasa terdedah ketika melakukan kerja 7 sahaja sedangkan 
lelaki ajnabi dilarang melihat kepadanya termasuk muka. 8 Ini bererti, 
apabila kepada wanita bukan Islam pun ia wajib menutup seluruh 
tubuh, apatah lagi kepada ajnabi. 

Kedua, dalil yang beliau gunakan adalah sama dengan dalil yang 
digunakan untuk melarang wanita memperlihatkan dirinya kepada 
lelaki ajnabi iaitu ayat ke-31, surah al-Nur. Ini bermakna, hukum wanita 
dengan kedua-dua golongan adalah sama. 

Nas kedua: 

Kata al-Nawawi: 



Fatawa al-Imdm al-Nawawi (1417 H]; Beirut: Dar al-Basha'ir al-Islamiyyah; hal. 180. 
6 Ibid. 

Iaitu: muka, kepala, tangan hingga separuh lengan, dan kaki hingga separuh betis. 
[Rujuk: Khalid al-Shaqafah (1424 H); Madhhab aI-Shdfi'i fi al-lbdddt wa-Adillatuhd; 
Kaherah: Dar al-Salam; hal. 239] 

8 Lihat: Minhdj al-Tdlibm wa-'Umdah al-Muftm (1426 H); Jedah: Dar al-Minhaj; hal. 372- 
373. 

14 



Kata Kadi: kata ulama: dalam hadis ini terdapat bukti 
bahawa wanita tidak wajib menutup wajah di jalannya. 
Menutup muka hanyalah sunnah mustahabbah baginya. 9 

Ini seolah-olah menunjukkan beliau bersetuju dengan pendapat 
tersebut seperti yang difahami oleh Khatib al-Shirbini (977 H) dengan 
katanya: 

Pengarang (al-Nawawi) menukilkannya daripada beliau 



(Kadi 'Iyad) dan menyetujuinya 



10 



Demikian juga kata Imam Ibn al-Mulaqqan (804 H). 11 Walau 
bagaimanapun, al-Shirbini tidak menganggap itulah pendapat yang 
dipilih oleh al-Nawawi, bahkan pendapat al-Nawawi dan al-Rafi'I 
bertentangan dengan pendapat yang dinukilkan dan tidak mungkin 
dapat disatukan sebagaimana cubaan sebahagian ulama dengan tawjih 
bahawa memang tidak wajib menutup muka pada zatnya tetapi kerana 
maslahat, menjaga maruah, dan lain-lain. 

Zahir perkataan Shaykhan (al-Nawawi dan al-Rafi'I), 
menutup muka wajib pada zatnya. Oleh itu, (pendapat 
mereka dengan pendapat yang dinukilkan itu) tidak boleh 
dijamakkan sementara kata-kata Kadi lemah. 12 

Perkataan al-Shirbini ini diulangi oleh Shams al-DIn al-Ramli di dalam 
Nihayah al-Muhtaj. Akan tetapi, saya tidak tahu kata-kata al-Nawawi 
yang manakah dimaksudkan oleh mereka. Apatah lagi al-Shirbini selang 
beberapa baris mengakui bahawa: 



Sharh al-Nawawi 'ala Muslim (t.t); Bayt al-Afkar al-Dawliyyah; hal. 1353. 

10 Khatlb al-Shirblnl (1418 H]; Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifah Ma'ani Alfaz al-Minhaj; 
Beirut: Dar al-Ma'rifah; jil. 3, hal. 174. Lihat juga: Ibn al-Mulaqqan (1421 H); 'Ajalah al- 
Muhtaj ila Tawjih al-Minhaj; Irbid: Dar al-Kitab; hal. 1169. 

11 Ibn al-Mulaqqan (1421 H]; 'Ajalah al-Muhtaj ila Tawjih al-Minhaj; Irbid: Dar al-Kitab; 
hal. 1169. 

12 Ibid. 

15 



Zahir perkataan pengarang (al-NawawI) menunjukkan 
bahawa muka dan tapak tangannya bukan aurat. Mereka 
hanya menyertakan kedua-duanya dalam bahagian yang 
haram dilihat. 13 

Oleh yang demikian, saya tidak dapat memutuskan manakah pendapat 
yang dipilih oleh Imam al-Nawawi meskipun mengikut kaedahnya, 
Fatawa beliau didahulukan daripada nas beliau dalam Sharh Sahih 
Muslim. 14 Saya juga takut kalau-kalau fatwa beliau sekadar jawapan 
umum kepada soalan yang diajukan dengan tidak mengambil kira 
kandungan soalan secara tafsil sehingga apa yang difatwakan tidak 
harus itu bukan merujuk kepada perbuatan mendedahkan muka tetapi 
bahagian tubuh yang lain. 

Sebelum berputus asa, rasanya elok diperhatikan percubaan yang 
dilakukan oleh Ibn al-Mulaqqan untuk menjamakkan antara dua 
pendapat Imam al-Nawawi ini. Namun begitu, pendapat yang 
mewajibkan bukan berdasarkan fatwa beliau, tetapi berdasarkan 
nukilan ittifak akan larangan wanita keluar dengan wajah terdedah 
daripada Imam al-Juwayni (478 H) di dalam Rawdah al-Talibm juga 
tanpa sebarang bantahan. Kata beliau: 

Ketahuilah sesungguhnya pengarang (al-Nawawi) dan 
lain-lain mengandaikan khilaf dalam keadaan aman 
sementara imam (al-Juwayni) mengandaikannya (ittifak) 
dalam keadaan tidak jelas (aman daripada fitnah) kerana 
takutkan fitnah dan (kata-katanya) ini baik kerana aman 
itu jarang kecuali bagi orang yang terpelihara. 15 

Tamat, sekarang pandangan ulama-ulama terkemudian khususnya Ibnu 
Hajar al-Haytami dan Shams al-DIn al-Ramli pula diperlukan untuk 
menentukan pendapat muktamad mazhab sebagaimana kaedah umum 



13 Ibid. 

14 Lihat: 'Alawl bin Ahmad al-Saqqaf (1425 H]; Mukhtasar al-Fawa'id al-Makkiyyah; op. 
cit; hal. 73. 

-Muhtaj; op. cit; hal. 1169. 

16 



'Ajalah al-Muhtaj; op. cit; hal. 1169 



yang diguna pakai muta'khkhirm. 16 Malangnya, Ibnu Hajar dan al-Ramh 
pun tidak sepakat dalam hal ini. 

Ibnu Hajar berpendapat sunat menutup muka tetapi makruh 
meninggalkannya. 17 Walau bagaimanapun, hukumnya berubah menjadi 
haram sekiranya diyakini ada lelaki ajnabi sedang merenung wajahnya. 
Al-Ramli pula memilih untuk mewajibkan menutup muka secara mutlak 
Pendapat Ibnu Hajar ini boleh dilihat antaranya di dalam syarahnya ke 
atas kitab al-Idah oleh Imam al-Nawawi yang berbunyi: 

Sementara kata-kata sebahagian mereka (ulama mazhab) 
bahawa mesti berpurdah sekiranya tidak terpelihara 
daripada pandangan orang ramai kepada wajahnya, harus 
dianggap sekiranya dipastikan ajnabi memandangnya 
seperti yang zahirnya kerana tidak menutupnya pada saat 
itu bererti bersubahat melakukan maksiat atau 
(kemestian berpurdah itu) dengan makna menguatkan 
galakan (supaya menutup wajahnya). Sekiranya tidak, ini 
bertentangan dengan apa yang dikatakan mereka dalam 
bab nikah bahawa harus bagi wanita membuka wajahnya 
secara ijmak sementara lelaki wajib menundukkan 
pandangan. Ini tidak pula bertentangan dengan ijmak 
bahawa wanita diperintahkan menutup wajah kerana 
tidak semestinya perintah ke atasnya demi kepentingan 
umum menunjukkan kewajipan. 18 

Di dalam al-Manhaj al-Qawim pula, beliau menyebutkan: 

Aurat perempuan merdeka yang kecil atau besar di dalam 
solat dan di sisi ajnabi walaupun di luar solat seluruh 
tubuh kecuali muka dan tapak tangan depan dan belakang 
hingga ke pergelangan tangan walaupun tidak aurat 



16 



17 



18 



Lihat: Mukhtasar al-Fawa'id al-Makkiyyah; op. cit; hal. 76. 

Lihat: Hashiyah al-Tarmasi [1433H]; Jedah: Dar al-Minhaj; jil. 3, hal. 217. 

Hashiyah al-'Alldmah Ibn Hajar al-Haytami 'ald Sharh al-Iddh fi Mandsik al-Hajj li-al- 



Imdm ai-Nawawi (t.t]; Beirut: Dar al-Hadlth; hal. 276. 

17 



sehingga wajib ditutup kerana keperluan memerlukan 
mendedahkannya. Haramnya melihat kepada muka dan 
tapak tangan (daripada tubuh wanita merdeka) dan 
bahagian antara pusat dan lutut daripada tubuh hamba 
wanita bukan kerana keauratannya tetapi kerana 
memandang kepadanya punca ritnah. 19 

Bahkan, beliau mendakwa: 

Kesimpulan mazhab kita, Imam al-Haramayn menukilkan 
ijmak di atas keharusan wanita keluar dengan wajah 
terbuka sementara wajib ke atas lelaki untuk 
menundukkan pandangan. Nukilan ini dianggap 
bercanggah dengan nukilan Kadi 'Iyad bahawa ijmak 
ulama melarangnya daripada mendedahkan wajah. 20 

Jelas sekali Ibnu Hajar telah waham dalam menghikayatkan nas Imam 
Kadi 'Iyad. Selain tertukar antara kata-kata Kadi 'Iyad dengan perkataan 
al-Juwayni, beliau tersilap dalam memahaminya. Tidak ada ijmak 
keharusan wanita keluar dengan wajah terbuka. Walau bagaimanapun, 
kesilapan ini hanya berlaku dalam fatwa ini yang menunjukkan beliau 
terlupa. 

Sungguhpun begitu, apa yang disebut adalah benar sebagai pendapat 
beliau. Tetapi harus diingat, beliau tidak mengharuskannya secara 
mutlak tetapi dengan syarat tidak menimbulkan ritnah sebagaimana 
yang dijelaskan beliau sendiri dalam fatwa yang sama; 

... Dengan apa yang disebutkan oleh Imam (al-Haramayn) 
mesti dianggap (dimaksudkan) jika wanita itu 
(mendedahkan wajahnya) bukan untuk dilihat atau ia 
tidak tahu ada sesiapa memandang kepadanya. Adapun 



19 Lihat: Hashiyah al-Tarmasi; op. cit; jil. 3, hal. 215-216. 

Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah 'ala Madhhab al-Imam al-Shafi'i (1417 H]; Lubnan: Dar 
al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 1, hal. 283 dalam versi elektronik yang dimuat turun 
menerusi pautan http://islamspirit.com/play.php?catsmktba=1678. 

18 



sekiranya ia mendedahkannya untuk dilihat maka ia 
haram melakukannya kerana ia bermaksud menyebabkan 
berlakunya maksiat. Begitu juga sekiranya ia tahu ia 
dilihat oleh orang yang tidak dihalalkan baginya (iaitu 
bukan mahram), maka wajib baginya menutup 
wajahnya... 21 

Tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan 'memandang'; 
pandangan biasa atau pandangan yang lama - merenung. Jika merenung, 
adakah merenung biasa atau dengan syahwat? Bagi saya, maksud beliau 
adalah merenung mutlak Jika sekadar pandangan biasa pun sudah 
mewajibkan menutup muka, mustahil. Tidak ada seorang pun dapat 
mengamalkannya. 

Sementara itu, al-Ramli menukilkan kata-kata al-Shirbini, zahir 
perkataan al-Nawawi dan al-Rafi'I menutup muka wajib pada zatnya 
dalam Nihayah al-Muhtaj tanpa apa-apa ulasan yang menunjukkan 
beliau mengeyakannya. Sebahagian ulama menyandarkan kata-kata tadi 
kepada al-Ramli seakan-akan menjazamkannya sebagai pendapat 
beliau. 22 Selain itu, beliau mengihtimalkan wanita harus menutup muka 
dalam walaupun dalam ihram jika itu adalah satu-satunya cara untuk 
mengelak daripada pandangan lelaki dengan ridyah. Katanya: 

Layab'udu bahawa harus ia menutup muka dengan ridyah 
sebagai satu-satunya cara untuk mengelakkan pandangan 
yang diharamkan. 23 

Syeikh al-Shabramallisi (1087 H) menjelaskan kata-kata al-Ramli, tidak 
ditolak kemungkinan harus ia menutup muka...; 



21 Ibid; hal. 284. 

Lihat: Syed Muhammad al-Jurdanl (1418 H]; Fath aI-'AIIam bi-Sharh Murshid al-Anam 
fiaI-Fiqh 'ala Madhhab al-Sadah aI-Shafi'iyyah; Beirut: Dar Ibn Hazm; jil. 2, hal. 147. 

Nihayah al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj fi aI-Fiqh 'ala Madhhab al-Imam aI-Shafi'i 
dengan catatan al-ShabramallisI dan al-Rashldl (1424 H]; Beirut: Dar al-Kutub al- 
'Ilmiyyah; jil. 3, hal. 333. 

19 



Iaitu bahkan mesti menjadi wajib dan ini tidak bercanggah 
dengan perkataan 'harus' yang digunakan kerana 
keharusan tersebut selepas larangan maka bertepatan 
dengan wajib. 24 

La yab'udu: tidak dianggap jauh/tidak ditolak 25 Ini bermakna, hukum 
menutup muka daripada ajnabi adalah wajib walaupun ketika ihram di 
sisi al-Ramli namun tidak secara jazam. Itu pun sekiranya ldyab'udu di 
sini tidak difahami sebagai sighah al-tamnd sebagaimana yang disebut 
oleh Syeikh 'Alawi al-Saqqaf dalam salah satu tempat di dalam Fawa'id 
beliau. 26 Walau bagaimanapun, pendapat ini dikuatkan oleh sesetengah 
ulama mazhab - seperti yang akan dijelaskan. 

Kemudian, saya menemui nas yang jelas-jelas menunjukkan beliau 
berpendapat wajib menutup muka, juga di dalam Nihayah semasa 
berbicara tentang keharusan - atau kewajipan - melihat wajah wanita 
oleh saksi sebelum akad nikah: 

... Sekiranya saksi dapat mengenalinya dalam keadaan 
berpurdah, tidak perlu lagi membukanya. Maka ketika itu, 
haram lagi membukanya kerana tiada keperluan untuk 
itu. 27 

Walhasil, berdasarkan amalan ulama-ulama mazhab yang 
memuktamadkan pendapat Ibnu Hajar dan al-Ramli, terdapat dua qawl 
dalam mazhab. Masing-masing pendapat yang kuat dan boleh diikuti. 
Bagi yang cenderung kepada Ibnu Hajar, mereka akan menghukumkan 
sunat menutup muka dalam keadaan biasa dan wajib dalam keadaan 



M lbid. 

5 Ld yab'udu kadha: makna istilah ini, makna ihtimal bagi ibarat. Pengarang apabila 
menutup perenggan dengan katanya, layab'udu kadha memaksudkan bahawa ia tidak 
memutuskan makna tersebut. Makna tersebut hanya diihtimalkan oleh ibarat. [Nu'man 
Mubarak Jughaym (t.t]; al-Istilahat al-Kalamiyyah wa-al-Harfiyyah fi al-Madhhab al- 
Shafi'i; tanpa penerbit; hal. 16] 

26 Lihat: 'Alawl bin Ahmad al-Saqqaf (1425 H]; Mukhtasar al-Fawd'id al-Makkiyyah; op. 
cit; hal. 101. 
Nihayah al-Muhtaj; op. cit; jil. 3, hal. 198. 

20 



tertentu. Mereka yang condong kepada al-Ramli pula akan 
menganggapnya wajib dalam keadaan biasa dan harus dalam keadaan 
tertentu. 

Antara ulama-ulama mazhab yang memilih pendapat mewajibkan selain 
Shams al-DIn al-Ramli adalah: 

Pertama, Imam al-Juwayni. Beliau menukilkan kesepakatan kaum 
Muslimin melarang wanita daripada menanggalkan purdah. Lafaznya: 

... Ittifak Muslimin melarang wanita daripada berhias, 



mendedahkan muka, dan meninggalkan purdah 



28 



Beliau mengatakannya sebagai menyokong keharaman melihat kepada 
wajah wanita walaupun dalam keadaan aman daripada fitnah - tanpa 
keperluan. Penukilan ijmak ini menunjukkan beliau berpandangan wajib 
menutup muka. 

Kedua, murid beliau, Imam al-Ghazali (505 H). Dalam kitab Ihya', beliau 
menjelaskan kewajipan wanita menjaga pandangan daripada melihat 
lelaki ajnabi. Kemudian, beliau mengatakan: 

Kami tidak mengatakan wajah lelaki baginya (wanita) 
aurat seperti wajah wanita baginya (lelaki) malah wajah 
lelaki itu seperti wajah kanak-kanak amrad bagi lelaki 
justeru tidak boleh dilihat ketika ditakuti berlaku fitnah 
sahaja. Jika tidak, tidak mengapa. kerana terus- 
meneruslah sepanjang zaman lelaki mendedahkan muka 
dan wanita keluar dengan memakai purdah. Sekiranya 
muka lelaki aurat bagi wanita pasti mereka akan 
diperintahkan untuk berpurdah atau dilarang daripada 
keluar kecuali kerana darurat. 29 



28 Nihdyah al-Matlab fi Dirdyah al-Madhhab (1428 H); Jedah: Dar al-Minhaj; jil. 12, hal. 
31. 

29 Ihyd' 'Ulum al-DIn (1428 H); Kaherah: Dar al-Sha'b; jil. 4, hal. 729. 

21 



Perhatikan ayat terakhir, sekiranya muka lelaki aurat bagi wanita pasti 
mereka akan diperintahkan untuk berpurdah - menutup muka. Ini 
bermakna, wanita disuruh menutup muka kerana wajahnya aurat bagi 
lelaki. Di tempat lain, ketika menjelaskan keadaan perogol menyuruh 
wanita yang dirogol menutup muka, beliau mengatakan: 

Sesungguhnya kami mengatakan, kata-katanya (perogol) 
kepada wanita (yang dirogolnya) dalam keadaan tersebut 
"jangan dedahkan muka kamu" (sama ada) wajib, harus, 
atau haram. Sekiranya kamu mengatakan wajib, inilah 
yang dikehendaki kerana mendedahkannya maksiat dan 
mencegah maksiat itu benar... 30 

Ketiga, Imam Ibn al-Naqib (769 H). Menurut beliau; 

Haram baginya mendedahkan mana-mana bahagian 
tubuhnya kepada murahiq atau wanita kafir. 31 

Sama seperti yang dijelaskan, mendedahkan muka haram kepada 
murahiq dan wanita kafir, maka apatah lagi kepada lelaki ajnabi. 

Keempat, Imam Ibnu Raslan (844 H). Senada dengan apa yang 
disebutkan oleh al-Juwayni, beliau menyebutkan: 

... Ittifak Muslimin melarang wanita keluar dengan muka 
terdedah lebih-lebih lagi ketika ramainya orang-orang 
fasiq. 32 

Kelima, Khatib al-Shirbini. Ini sebagaimana zahir kata-katanya: 

... (Dimakruhkan) juga lelaki solat dengan menutup muka 
dan wanita solat dengan memakai purdah kecuali ia 



30 Ibid; )il. 7,hal. 1199. 

31 Fath aI-Qarib al-Mujib fi Sharh Alfaz aI-Taqnb (1425 H); Beirut: Dar Ibn Hazm; hal. 73. 
32 Lihat: al-Shaykanl (1426 H]; Nayl al-Awtar min Asrar Muntaqa al-Akhbar; Riyadh: 
Dar Ibn al-Qayyim; jil. 6, hal. 550. 

22 



(wanita itu) berada di tempat yang terdapat ajnabi yang 
tidak (dapat) menjaga pandangan daripada melihatnya. 
Maka, (dalam keadaan ini), tidak harus membuka 
purdah. 33 

Ini dikuatkan dengan kenyataan beliau tentang penyaksian terhadap 
wanita berpurdah di dalam Mughni; 

[Sekiranya (saksi dapat) mengecamnya dengan rupanya 
atau dengan nama dan nasab (tanpa membuka 
purdahnya) maka harus] diterima penyaksiannya ke atas 
wanita tersebut. Purdah tidak menjejaskannya. Bal, harus 
baginya membuka wajahnya ketika itu sebagaimana (yang 
disebutkan) di dalam al-Hawi dan lain-lain. 34 

'Harus baginya... ketika itu' bermakna tidak harus pada waktu-waktu 
yang lain. Ini sekiranya tidak ada kesilapan cetakan kerana yang 
disebutkan dalam al-Hawi adalah 'tidak'. 

Sekiranya wanita itu berpurdah, ia (saksi) dapat 
mengecamnya di sebalik purdah, ia tidak perlu/boleh 
membukanya. 35 

Begitu juga yang dinukilkan oleh Shihab al-DIn al-Ramli (957 H) 
daripada al-Hawi. 36 Walau bagaimanapun, nas asal sama ada 'harus' atau 
'tidak harus' mendedahkan muka dalam keadaan tadi jelas 
menunjukkan kewajipan menutupnya pada keadaan biasa. 

Keenam, Imam Ibn Qasim al-Ghazzi (918 H). Dalam syarahnya ke atas 
matan Abu Shuja' (593 H), disebutkan: 



33 AI-Iqna' fl Halli Alfad Abi Shuja' (1425 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 1, hal. 

285. 

3A Mughni a/-Muhtaj; op.cit; jil. 4, hal. 596. 

35 AI-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madhhab al-Imam aI-Shafi'i (1414 H]; Beirut: Dar al-Kutub al- 

'Ilmiyyah;jil. 17,hal. 45. 

36 Hashiyah al-Ramli 'ala Asna al-Matalib Sharh Rawdah al-Talib (t.t); jil. 4, hal. 366; 

versi al-Maktabah al-Shamilah 3.48. 

23 



Aurat perempuan merdeka di dalam solat, seluruh tubuh 
melainkan wajah dan kedua-dua belah tapak tangannya 
depan dan belakang hingga ke pergelangan tangan. 
Adapun auratnya di luar solat, seluruh tubuhnya. 
Auratnya semasa bersendirian seperti (aurat) lelaki. Aurat 
dari segi bahasa, kekurangan. Dalam (istilah) syarak, 
digunakan untuk apa yang wajib ditutup - inilah yang 
dimaksudkan di sini - [dan] 3 apa yang haram 
melihatnya... 38 

Daripada kenyataan beliau, seluruh tubuh wanita adalah aurat di luar 
solat iaitu di sisi lelaki ajnabi. 39 Beliau tidak menyebut 'aurat pada 
pandangan' tetapi, aurat di luar solat. Ini bukti beliau berpendapat wajib 
menutup muka daripada ajnabi. Selain berdasarkan dalalah al-aqran, 
perkara ini disokong dengan penyebutan 'aurat yang wajib ditutup' 
secara itlaq tanpa mengaitkannya dengan solat. 

Ketujuh, Shaykh al-Islam Zakariyya al-Ansari (926 H). Dalam 
perbincangan bab mengapankan jenazah perempuan beliau berkata: 

... Dan wajib menutupnya (muka dan kedua-dua belah 
tapak tangan wanita) ketika hidup bukan kerana (muka 
dan tapak tangan itu) aurat tetapi kerana melihat 
kepadanya membawa kepada ritnah pada ghalibnya. 40 

Kelapan, Shihab al-DIn al-Ramli. Beliau ditanyakan, adakah wajib wanita 
menutup mukanya di luar solat bersama dengan ajnabi? Jawab beliau 
bahawa; 



Tambahan ini berdasarkan Hashiyah al-Shaykh Ibrahim al-Bayjuri 'ala Sharh Ibn al- 
Qasim al-Ghazzi (1420 H]; Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 1, hal. 272. 

38 



39 



40 



Nihayah al-Muhtaj; op. cit; jil. 3, hal. 198. 

Lihat: Hashiyah al-Shaykh Ibrahim al-Bayjun; op. cit. 



AI-Ghurar al-Bahiyyah ff Sharh Manzumah al-Bahjah al-Wardiyyah (1418 H]; Beirut: 
Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 3, hal. 243. 

24 



Wajib... sebagaimana yang disahihkan (oleh al-NawawI) di 
dalam Minhdj dan kuatnya kalam al-Sharh al-Saghir (oleh 
al-Rafi'I (623 H)) menandakan ketepatannya dan beliau 
menyandarkannya dengan kesepakatan kaum Muslimin 
melarang wanita keluar dengan wajah terbuka. Mereka 
(al-Nawawi dan al-Rafi'I masing-masing) menukilkan 
kesepakatan ini di dalam Rawdah dan usulnya [al-'Aziz 
Sharh al-Wajiz) dan mengeyakannya. Kata al-Bulqini: 
tarjih berdasarkan kekuatan mudrak dan fatwa 
berdasarkan apa yang di dalam Minhdj. Beliau 
menjazamkannya dalam Tadrib. Kata al-Adhra'I: bahkan 
zahirnya, ini adalah pilihan jumhur. 41 

Kesembilan, Syeikh Qalyubi (1069 H). Dalam catatannya ke atas syarah 
Minhdj al-Tdlibln oleh al-Mahalli (864 H), dikatakan: 

Katanya [dan aurat wanita merdeka] iaitu di dalam solat... 
Adapun, di sisi wanita kafir, apa yang terdedah ketika 
bekerja. Adapun di sisi wanita Islam dan lelaki mahram, 
seperti (aurat) lelaki. Adapun di sisi lelaki ajnabi, seluruh 
tubuh. Adapun ketika bersendirian, seperti (auratnya 
dengan) mahram. Dikatakan, seperti (aurat) lelaki. 42 

Lihat, beliau menggunakan perkataan 'di sisi' bukan 'pada pandangan' 
atau seumpamanya. Selain itu, inilah mafhum yang sahih berdasarkan 
daldlah al-aqrdn; semua jenis aurat lain yang disebutkan adalah dari 
segi wajib ditutup, bukan tidakboleh dilihat semata-mata. 

Ini terbukti apabila beliau mengatakan secara jelas, juga dalam kitab 
yang sama; 



n Fatawa al-Ramli fi Furu" al-Fiqh al-Shafi'i; (1421 H]; Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; 
hal.415. 
Hashiyatan; Qalyubi- 'Umayrah; (1415 H]; Beirut: Dar al-Fikr; jil. 1, hal. 201. 

25 



Katanya [kerana melihat...] maka mereka (wanita 
merdeka) diharamkan daripada keluar dengan wajah 
terbuka kerana merupakan sebab kepada perkara haram... 

Kesepuluh, Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari (1227 H). Dalam karya 
beliau yang terkenal di alam Melayu, Sabil al-Muhtadm, disebutkan 
bahawa; 

Maka diketahui daripada yang demikian itu bahawasanya 
wajib menutup keduanya (muka dan tapak tangan) di luar 
sembahyang di hadapan laki-laki yang bukan mahram-nya 
itu kerana memeliharakan daripada ritnah jua bukan 
kerana keadaannya aurat. 43 

Kesebelas, Syeikh Sa'id Ba'ishn (1270 H). Kata beliau: 

Peringatan: tidak ada pertentangan antara yang 
disebutkan berupa aurat wanita merdeka itu seluruh 
tubuhnya dengan apa yang disebutkan oleh pengarang 
(Bafadl) bahawa seluruh tubuhnya aurat walaupun di sisi 
ajnabi kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan 
kerana maksud aurat pertama, apa yang diharamkan 
dilihat meskipun bukan aurat dan aurat kedua, aurat 
sebenar. Oleh itu, wajib ia menutupnya (muka dan tapak 
tangan) khawfa al-fitnah mengikut pendapat muktamad. 44 

Beliau menggunakan ibarat khawfa al-fitnah: kerana bimbangkan ritnah 
iaitu maful li-ajli-hi dan tidak menjadikannya sebagai syarat - atau qayd. 
Ini menunjukkan beliau berpendapat wajib menutup muka dan khawf 
al-fitnah itu sebagai sebab. Sekiranya beliau memaksudkan khafwa al- 
fitnah itu sebagai syarat pasti beliau menyebut perkataan idha atau 
'inda. Tambahan pula, ini bertepatan dengan pendapat sebahagian 
ulama lain dalam mazhab. 



43 Sabil al-Muhtadin li-al-Tafaqquh fi Amr al-Din; (t.t); Pattani: Matba'ah Ibn Halabl; jil. 1, 
hal. 184. 
Sharh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah (1425 H); Jedah: Dar al-Minhaj; hal. 262. 

26 



Kedua belas, Syeikh al-Biqa'i (selepas 1295 H) yang telah mensyarahkan 
kata-kata Ibn al-Naqib tadi dengan lafaz yang hampir sama. Bunyinya: 

[Haram baginya] iaitu wanita [mendedahkan mana-mana 
bahagian tubuhnya] serta muka dan kedua-dua belah 
tapak tangannya [kepada murahiq] iaitu kanak-kanak 
lelaki yang hampir baligh [atau] mendedahkan apa-apa 
daripadanya [kepada wanita kafir]. 45 

Ketiga belas, Syeikh Nawawi al-Jawi (1316 H). Tanpa boleh ditakwilkan 
lagi, beliau mengatakan: 

(Aurat) keempat: seluruh tubuhnya (wanita merdeka) 
termasuklah serpihan kuku. Ini adalah auratnya di sisi 
lelaki ajnabi. Maka, haram lelaki ajnabi melihat sedikit pun 
daripadanya dan wajib ke atas wanita menutupnya 
daripada lelaki ajnabi. 46 

Keempat belas, Syeikh Muhammad al-Fatani (1333 H). Tertulis dalam 
kitabnya yang masyhur, Matla' al-Badrayn; 

Adapun auratnya (perempuan) di luar sembahyang maka 
sekalian badannya pada lelaki yang ajnabi. 47 

Kelima belas, Syeikh al-Ghamrawi (selepas 1337 H). Beliau 
mensyarahkan kata-kata Ibn al-Naqib dengan berkata; 

[Haram baginya] iaitu wanita [mendedahkan mana-mana 
bahagian tubuhnya] walaupun muka dan kedua-dua belah 



Anwar al-Masalik Sharh 'Umdah al-Salik wa-'Uddah al-Nasik (t.t); Kaherah: Dar Ihya' 
al-Kutub al-'Arabiyyah; hal. 213. 

46 Nihayah al-Zayn fi Irshad al-Mubtadi'in (1422 H]; Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; 
hal. 48. 

47 Matla' al-Badrayn wa-Majma' al-Bahrayn (1405 H]; Pattani: Matba'ah Bin Halabl; hal. 
29. 

27 



tapak tangan [kepada murdhiq atau wanita kafir] maka 
hendaklah ia menutup diri sebagaimana ia menutup diri 
daripadaajnabi. 48 

Keenam belas, Syeikh Syed Ahmad al-Shatiri (1360 H). Beliau 
menjelaskan kata-kata Syeikh Salim al-Hadrami (1271 H) di dalam 
Safinah al-Naja dengan berkata: 

Maknanya, bahagian aurat yang ketiga ialah aurat wanita 
merdeka dan hamba di sisi lelaki-lelaki ajnabi... iaitu 
seluruh tubuh termasuk muka dan tapak tangan. Maka, 
wajib ke atas mereka menutupnya dan haram lelaki-lelaki 
ajnabi itu melihat kepadanya walaupun sedikit. 49 

Ketujuh belas, Syeikh Sa'id Ramadan al-Buti (1434 H). Dalam buku 
beliau yang tersohor, Fiqh al-Sirah kelihatan secara terang kecondongan 
beliau kepada pendapat yang mewajibkan menutup muka. Antaranya, 
ulasan beliau pada peristiwa Yahudi Bani Qaynuqa' yang hendak 
mencabut purdah daripada wajah seorang wanita Islam; 

(Peristiwa) ini menunjukkan bahawa hijab yang 
disyariatkan Islam kepada wanita melitupi muka juga. Jika 
tidak, tidak ada sebarang keperluan untuk wanita itu 
berjalan di jalan dengan menutup muka. Kalaulah ia 
menutup muka bukan kerana melaksanakan hukum 
agama yang diperintahkan kepadanya, tidak ada sebab 
Yahudi melakukan perbuatan tersebut... 50 

Kelapan belas, Syeikh Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, dan/atau 51 'Ali 
al-Sharbaji. Secara jelas, mereka mengatakan: 



* 8 lbid. 

49 Nayl al-Raja bi-Sharh Sapnah al-Naja [1428 H); Jedah: Dar al-Minhaj; hal. 26. 

50 Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah Ma'a Mujaz li-Tarikh al-Khilafah al-Rashidah (1430 H]; 
Damsyik: Dar al-Fikr; hal. 168. 

51 Saya bimbang kenyataan ini bukan daripada mereka bertiga tetapi daripada salah 



seorang atau dua daripada mereka. 

28 



Adapun di sisi lelaki ajnabi, seluruh tubuhnya (Muslimah) 
adalah aurat. Oleh itu, ia tidak boleh mendedahkan sedikit 
pun daripada badannya kecuali kerana sesuatu 
halangan... 52 

Baiklah, daripada nukilan-nukilan di atas, terbukti bahawa pandangan 
yang mewajibkan wanita menutup muka adalah sekurang-kurangnya 
qawl yang masyhur kalau tidak muktamad pun di dalam mazhab Shafi'i. 
Sebenarnya, terdapat ramai lagi ulama-ulama lain dalam mazhab yang 
berpendapat wajib menutup muka. Insya-Allah sebahagiannya akan 
disebutkan di celah-celah perbincangan selanjutnya. 

Harus difahami, kewajipan ini pada keadaan biasa. Dalam keadaan 
tertentu diharuskan bahkan diwajibkan menampakkan muka. Ketika 
ihram, mendedahkan wajah adalah wajib di sisi semua ulama mazhab. 
Ini selagi wajah tidak didapati direnung oleh ajnabi. Jika tidak, 
hukumnya diperselisihkan sama ada kekal seperti hukum asal iaitu 
wajib atau berubah menjadi haram. 

Perkara ini antaranya diperjelaskan oleh Syeikh al-Bujayrami (1221 H) 
semasa mensyarahkan kata-kata Khatib al-Baghdadi - yang 
dinukilkannya daripada Qalyubi. Katanya: 

Katanya, [dan apabila wanita ingin menutup mukanya] 
diisyaratkan di dalamnya bahawa wajib mendedahkan 
mukanya meskipun di hadapan ajnabi dan walaupun 
bimbangkan fitnah sementara wajib ke atas mereka 
(ajnabi) menundukkan pandangan. Ini yang disebut oleh 
sebahagian mereka (ulama Shafi'iyyah). Dan yang 



52 



Al-Fiqh al-Manhaji 'ala Madhhab al-Imam al-Shafi'I (1413 H]; Damsyik: Dar al-Qalam; 



jil. 1, hal. 126. 

29 



muttajah: lebih tepat 53 ketika ini, wajib menutup (muka) 
dengan sesuatu yang tidak menyentuhnya (kulit muka)... 54 

Ini dipersetujui pula oleh Syeikh Muhammad al-Jurdani (1331 H) 55 . 
Sebenarnya, pendapat ini telah pun disentuh oleh Shams al-DIn al-Ramli 
dan al-Shabramallisi seperti dalam nukilan terdahulu tetapi mereka 
menambah - secara ihtimal, walaupun sehingga terpaksa menyentuh 
kulit muka dan membayar ridyah. 

Sekian penukilan daripada ulama-ulama mazhab yang mewajibkan 
menutup muka. Daripada itu, didapati bahawa mereka berselisih dalam 
menentukan keauratan muka wanita di hadapan ajnabi. Sebahagiannya 
mengatakannya aurat dan sebahagian yang lain pula tidak Namun 
begitu, mereka semua bersepakat mewajibkan wanita menutup muka. 

Demi keadilan, saya senaraikan pula di sini sebahagian ulama 
Shafi'iyyah yang memandang tidak wajib tetapi sunat wanita menutup 
muka - selain Ibnu Hajar al-Haytami. Mereka ialah: 

Pertama, Imam al-Hisni (829 H). Menurutnya; 

Dimakruhkan solat dengan pakaian bergambar, (lelaki 
solat dengan) menutup muka, dan wanita dengan 
berpurdah kecuali ia (wanita itu) berada di masjid dan di 
sana terdapat ajnabi yang tidak terpelihara daripada 
memandang. Kalau melihat kepadanya (wanita tersebut) 
ditakuti membawa kepada fasad, haram baginya 
mengangkat purdah. Ini banyak terdapat di tempat- 
tempat ziarah seperti Bayt al-Maqdis - semoga Allah 
menambahkan kemuliaannya -. Oleh itu, perkara ini mesti 
dijauhi. 56 



53 Barangkali ini maknanya kerana saya tidak mendapatinya dalam mana-mana kamus 
istilah mazhab. 

54 AI-Bujayrami 'ala al-Khatib (1417 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 3, hal. 228. 

55 Lihat: Fath al-Allam; op. cit; jil. 4, hal. 278. 

56 Kifayah al-Akhydr fi Halli Ghayah al-lkhtisar (1429 H); Jedah: Dar al-Minhaj; hal. 162. 

30 



Difahami daripada petikan di atas, wanita diwajibkan menutup muka 
hanya sekiranya diketahui bahawa terdapat ajnabi yang melihatnya 
dengan pandangan yang dibimbangkan membawa kepada fasad iaitu 
perkara yang tidak elok Diyakini bahawa yang dimaksudkan bukanlah 
sampai zina atau mukadimahnya tetapi pandangan bersyahwat. 

Inilah yang tersirat di sebalik kata-katanya di tempat lain, tentang 
keluarnya perempuan untuk solat hari raya: 

Ya, dimakruhkan perempuan muda yang cantik dan 
wanita yang berupa untuk hadir (solat hari raya); dan 
digalakkan perempuan tua untuk hadir dengan 
berpakaian biasa tanpa wangian. Aku mengatakan, mesti 
dijazamkan pada zaman kita pengharaman keluarnya 
perempuan-perempuan muda dan wanita-wanita yang 
mempunyai rupa kerana meratanya kerosakan... Adapun 
zaman kita, mereka (wanita) keluar untuk 
memperlihatkan perhiasan dan mereka tidak menjaga 
pandangan. Lelaki juga tidak memelihara pandangan 
mereka... Seorang Muslim (sepatutnya) tidak teragak-agak 
pun untuk melarang mereka (keluar) kecuali orang bodoh 
yang kurang pengetahuan tentang rahsia-rahsia syariat... 57 

Kemudian, perhatikan kata-katanya 'mesti dijazamkan... pengharaman 
keluarnya perempuan-perempuan muda dan wanita-wanita yang 
mempunyai rupa kerana meratanya kerosakan.' Menutup muka lebih 
mudah daripada keluar. Apabila dilarang daripada keluar, bermakna 
dilarang daripada menampakkan muka. Ini bagi perempuan muda dan 
wanita yang cantik Daripada sini, difahami bahawa beliau meletakkan 
dua syarat lagi untuk diharuskan mendedahkan muka iaitu: pertama, 
bukan perempuan muda. Kedua, tidak cantik 



57 /fo/d; hal. 237. 



31 



Kedua, Syeikh al-Tarmasi (1338 H). Beliau menukilkan pendapat Ibnu 
Hajar di dalam al-I'ab tanpa bantahan. Nukilan tersebut antaranya 
berbunyi: 

Dengan apa yang dijelaskan diketahui bahawa wanita 
dengan kehadiran ajnabi tidak mesti menutup muka dan 
kedua-dua belah tapak tangannya walaupun haram 
melihatnya.... Akan datang kemudian (pada bab nikah) 
jamak antara nukilan ijmak bahawa tidak wajib bagi 
wanita keluar dengan menutup muka di jalannya - malah 
digalakkan dan makruh meninggalkannya, lebih-lebih lagi 
kedua-dua belah tangan - dengan ijmak bahawa mereka 
dilarang keluar dengan wajah terbuka itu dianggap 
bahawa perkara yang makruh dilarang (maka tidak 
semestinya perkara yang dilarang itu haram) atau bahawa 
(ijmak) yang kedua difahami apabila mereka sengaja 
mendedahkan (muka) untuk memperlihatkannya kepada 
lelaki. 58 

Renungkan kata-kata 'malah digalakkan dan makruh meninggalkannya' 
dan 'bahawa perkara yang makruh dilarang'. Ini menunjukkan makruh 
mendedahkan muka kepada ajnabi. Kedua, 'bahawa (ijmak) yang kedua 
difahami apabila mereka sengaja mendedahkan (muka) untuk 
memperlihatkan kepada lelaki'. Ini mengisyaratkan bahawa hukum 
menutup muka menjadi wajib sekiranya muka didedahkan secara 
sengaja untuk dilihat oleh ajnabi. 

Ketiga, Syeikh Muhammad al-Jurdani. Katanya yang mengambil 
pendapat daripada Ibnu Hajar: 

Ya, wajib menutup muka baginya (wanita) jika ia tahu 



ajnabi memandangnya. 



59 



58 Lihat: Hashiyah al-Tarmasi; op. cit; jil. 3, hal. 217. 
Lihat: Fath al-'Allam; op. cit; jil. 2, hal. 146. 

32 



Keempat, Syeikh Muhammad al-Zuhayh. Beliau memuktamadkan 
pendapat ini di dalam kitabnya, al-Mu'tamad dengan berkata: 

Adapun aurat wanita terhadap lelaki ajnabi baik Islam 
atau kafir, yang baik atau jahat, yang waras atau gila 
adalah (bahagian) yang dituntut untuk ditutup ketika 
solat... Yang lebih aula bagi wanita adalah menutup muka 
dan tapaktangan daripada lelaki ajnabi... 60 

Daripada nukilan-nukilan ini didapati bahawa pendapat yang 
mewajibkan menutup muka masyhur dan muktamad di sisi kebanyakan 
ahli mazhab. Sementara itu, pendapat yang menyunatkannya adalah 
pendapat yang kurang masyhur dan hanya dipilih oleh segelintir ulama. 
Kesimpulan ini berdasarkan penyebutan mereka yang jelas berkenaan 
masalah ini. Hal ini demikian kerana, layunsabu li-sakit qawl. 

Walhasil, keharusan di sisi sebahagian ulama walaupun tidak secara 
mutlak tetapi dengan syarat-syarat yang ketat dan sukar dipenuhi pada 
zaman sekarang. Pertama, tidak diyakini ada ajnabi yang sedang 
merenung wajahnya. Kedua, bukan untuk diperlihatkan kepada ajnabi. 
Apabila salah satu daripada syarat ini dilanggar, haram mendedahkan 
muka secara sepakat di sisi Shafi'iyyah. Sebahagiannya pula menambah, 
bukan perempuan muda dan tidak cantik 

Kata Syeikh 'Abd al-Rahman al-Shami dalam fatwanya tentang masalah 
ini: 

Masalah ini mahall khilaf. Antara fuqaha ada yang 
menganggap menutup muka fardu dalam hijab wanita 
seperti Hanabilah dan sebahagian Shafi'iyyah. Sebahagian 
yang lain, (menganggap) tidak (fardu). Akan tetapi, kedua- 
dua pihak mengatakan, apabila terdapat orang yang 



60 



Al-Mu'tamadfial-Fiqh al-Shafi'i (1431 H); Damsyik: Dar al-Qalam; jil. 1, hal. 221. 

33 



memandang wanita dengan pandangan yang diharamkan, 
wajib pada saat itu ia menutup mukanya dalam hijab 



61 



Katanya, 'kedua-dua pihak, ada dua kemungkinan. Sama ada antara 
ulama mazhab atau antara mazhab-mazhab fiqh. Lebih hampir, dalam 
mazhab. Jika tidak, seluruh u\amafiqh. Setidak-tidaknya, dalam mazhab. 
Maka, sabitlah kemuafakatan antara ulama mazhab Shafi'i bahawa 
hukum menutup muka dalam keadaan tersebut hukumnya wajib. 

Untuk mengelakkan kekeliruan, diingatkan bahawa keharusan - bahkan 
kewajipan - mendedahkan wajah yang dinukilkan oleh Qalyubi daripada 
sebahagian ulama mazhab adalah pada waktu ihram. Ini tidak 
bertentangan dengan kesepakatan yang disebut kerana mereka 
memaksudkan keadaan biasa. 

Dengan ini, sabitlah bahawa pendapat yang mewajibkan menutup muka 
adalah pendapat jumhur Shafi'iyyah dan terbatallah dakwaan 
sesetengah pihak yang mendakwa tidak ada mazhab yang mewajibkan 
purdah - menutup muka. Antaranya, seorang profesor madya 
merangkap Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia. Beliau 
menulis; 

Sebenarnya pemahaman terhadap hijab atau tudung yang 
menutup aurat dengan purdah yang menutup muka perlu 
difahami masyarakat Islam supaya isu ini tidak 
dikelirukan. Hanya mazhab Hanafi yang hampir 
mewajibkan purdah. 62 

Pandangan Mazhab Hanaf! 

Kemudian, kita berpindah ke mazhab Hanafi yang merupakan mazhab 
tertua antara empat mazhab selain kerana wujud tuduhan bahawa 



61 http://www.naseemalsham.com/ar/Pages. php/ar/Pages.php?page=readFatwa& 
pg_id=9168 

62 Noor Aziah Mohd Awal; Tutup Aurat Tak Jejas Prestasi Kerja; artikel dalam akhbar 
Berita Harian, 24 Julai 2013, hal. 36. 

34 



mazhab tersebut hanya 'hampir mewajibkan purdah', tidak mewajibkan. 
Kajian ini diperlukan juga untuk membuktikan bahawa mewajibkan 
menutup muka adalah pendapat jumhur ulama, bukan sebahagian kecil 
atau segelintir sebagaimana yang didakwa oleh Fatimah Syarha. 

Sukar untuk menentukan pendapat muktamad di sisi mazhab Hanafl. 
Imam mereka bukan Abu HanPrah (150 H) seorang, Abu Yusuf (182 H) 
dan Muhammad al-Shaybani (189 H) juga imam mereka yang 
dimuktamadkan pendapat mereka dalam banyak masalah. Selain 
mereka, mashdyikh juga memiliki hak untuk memilih pendapat rasmi 
mazhab. 

Sebenarnya, terdapat perbezaan pendapat antara sesama Hanafiyyah 
dalam menentukan hukum asal menutup muka, adakah wajib atau 
selainnya. Walau bagaimanapun, ulama-ulama muta'akhkhirin mereka 
secara sarih mengatakan bahawa hukumnya menjadi wajib pada zaman 
sekarang disebabkan meratanya fitnah dan kerosakan. Mereka juga 
berselisih, adakah hukumnya bagi perempuan yang masih muda atau 
yang sudah tua sama atau berbeza. Sebelum itu harus difahami bahawa 
penutupan dan aurat di sisi mereka adalah seiring. Tidak ada aurat pada 
pandangan, yang ada aurat yang wajib ditutup. 

Ulama-ulama Hanafiyyah yang mengatakan hukum asalnya adalah wajib 
dan meliputi tua dan muda adalah: 

Pertama, Imam al-Marghinani (593 H). Kata beliau dalam bab haji untuk 
menolak pendapat Imam al-Shafi'I (204 H) bahawa lelaki ketika 
berihram diharuskan menutup muka: 

(Dalil kami ialah)... dan kerana perempuan pun tidak 
(boleh) menutup mukanya sedangkan mendedahkan 
(muka itu) fitnah, maka apatah lagi lelaki. 63 



63 



Al-Hidayah Sharh Biddyah al-Mubtadi (1417 H]; Karachi: Idarah al-Qur'an wa-al- 



'Ulum al-Islamiyyah; jil. 2, hal 319. 

35 



Kedua, Imam Ibnu Mazah (616 H). Beliau menjelaskan; 

Disebukan di dalam Waqi'at al-Natifi bahawa wanita yang 
berihram (boleh) mengenakan hujung (tudung) pada 
wajah dan (hendaklah) ia menjarakkannya daripada 
wajah. Masalah ini menunjukkan bahawa wanita dilarang 
daripada menzahirkan wajahnya kepada lelaki tanpa 
darurat kerana ia (hanya) dilarang menutup muka 
disebabkan ibadat (haji)... 64 

Ketiga, Imam Ibn al-Hummam (861 H). Beliau mengulangi kata-kata 
Ibnu Mazah 'masalah ini menunjukkan bahawa wanita dilarang daripada 
menzahirkan wajahnya... tanpa darurat.' 65 

Keempat, Syeikh al-Haskaf! (1088 H). Menurut beliau; 

... Sebab itulah, (wanita merdeka) dilarang daripada 
mendedahkan mukanya di antara lelaki (iaitu) kerana 
fitnah. 66 

Kelima, Syeikh Ibnu 'Abidin (1252 H). Menurutnya dalam syarahnya ke 
atas kata-kata al-Haskafi dalam al-Durr al-Mukhtar; 

Katanya [dan wanita dilarang...] iaitu dilarang daripada 
perkara tersebut (mendedahkan muka) walaupun (muka) 
bukan aurat. Katanya [tetapi kerana bimbangkan fitnah] 
iaitu perbuatan keji dengannya - (dalam) Qamus - atau 
syahwat. Maknanya, ia dilarang daripada mendedahkan 
(muka) kerana takut mukanya dilihat oleh lelaki lalu 
menyebabkan berlakunya fitnah kerana dengan 



Al-Muhit al-Burhani fi al-Fiqh al-Nu'mani (1424 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; 
jil. 2, hal. 454. 

65 Fath al-Qadir li-al-'Ajiz al-Faqir (1424 H); Boulaq: al-Matba'ah al-Kubra al-Amlriyyah; 
jil. 2, hal. 195. 

Al-Durr al-Muntaqa fi Sharh al-Multaqa yang dicetak bersama Majma' al-Anhur fi 
Sharh Multaqa al-Abhur (1419 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 1, hal. 121. 

36 



mendedahkan itu, boleh berlaku pandangan dengan 
syahwat 



67 



Keenam, Syeikh Zahid al-Kawthari (1378 H). Beliau sebagaimana dalam 
makalahnya, Hijab al-Mar'ah terang-terangan memihak kepada 
pendapat mewajibkan menutup muka. Antara kata-katanya: 

Ayat ini (mungkin ayat ke-59, surah al-Ahzab) jelas 
menunjukkan kewajipan mengenakan hujung tudung ke 
mata dari atas dan dari bawah sebagaimana yang 
disampaikan oleh imam-imam yang thiqah sesama mereka 
sebagaimana yang telah kami sebut. 68 

Ketujuh, Syeikh Zafar al-Tahanawi (1394 H). Beliau membawakan athar 
'Umar yang melarang hamba perempuan berpakaian seperti wanita 
merdeka lalu berkata: 

Dalam [athar) terdapat dalil bahawa wanita (hendaklah) 
menutup wajahnya ketika selain waktu ihram. Semoga 
Allah melaknati golongan yang menggantungkan pada 
leher-leher mereka rantai penghambaan kepada Eropah di 
mana mereka berusaha untuk mencabut hijab daripada 
wanita-wanita Muslimin dan menukarkan nikmat Allah 
kepada mereka serta memilih perwatakan hamba dan ciri- 
ciri mereka... 69 

'Hendaklah' itu difahami daripada ayat selepasnya yang melaknat orang- 
orang yang menyeru para Muslimah membuka purdah-purdah mereka. 

Ulama-ulama Hanafiyyah yang mengatakan perkara yang sama tetapi 
khusus kepada perempuan muda sahaja antaranya ialah: 



Radd al-Muhtdr 'ald al-Durr al-Mukhtdr Sharh Tanwir al-Absdr (1423 H]; Riyadh: Dar 
'Alam al-Kutub; jil. 2, hal 79. 

68 Maqdldt al-Kawthan (t.t); Kaherah; al-Maktabah al-Tawfiqiyyah; hal. 230. 

69 Tld' al-Sunan (1417 H]; Karachi: Idarah al-Qur'an wa-al-'Ulum al-Islamiyyah; jil. 10, 
hal 226. 

37 



Pertama, Syeikh al-Tahtawi (1231 H). Dalam catatannya ke atas Maraqi 
al-Falah dinyatakan; 

Katanya [kecuali wajahnya (wanita)] dan perempuan 
muda dilarang daripada mendedahkan wajahnya kerana 
bimbangkan ritnah bukan kerana wajah itu aurat. 70 

Kedua, Syeikh 'Ala' al-DIn (1306 H). Jelas beliau dalam Hadiyyah, antara 
kitab masyhur yang dalam mazhab Hanafl; 

Perempuan muda dilarang daripada mendedahkan 



wajahnya kerana bimbangkan ritnah 



71 



Sekali lagi, disebut 'perempuan muda'. Ini adalah hukum asal dan 
keharusan menunjukkan muka dikhususkan untuk wanita tua. 

Seterusnya, pendapat yang mewajibkan menutup muka bagi perempuan 
muda dan khusus pada zaman sekarang sahaja. Pendapat ini adalah 
pendapat: 

Pertama, Syeikh Ibnu Nujaym (926 H). Beliau menukilkan pendapat 
guru-gurunya yang mengatakan: 

Perempuan yang muda ditegah daripada mendedahkan 
wajah di antara lelaki pada zaman kita (sekarang) kerana 
fitnah. 72 

Kedua, Shaykhi Zadah (1078 H). Hal ini dikesan apabila beliau 
membawakan kata-kata al-HaskafI lalu menambah: 



Hashiyah al-Tahtawi 'ala Maraai al-Falah Sharh Nur al-Idah (1418 H]; Beirut: Dar al- 
Kutub al-'Ilmiyyah; hal. 241. 

71 Al-Hadiyyah al-'Ald'iyyah H-Taldmidh al-Makdtib al-Ibtidd'iyyah (1424 H); Beirut: Dar 
Ibn Hazm; hal 204. 

Al-Bahr al-Rd'iq Sharh Kanz al-Daqd'iq (t.t); tanpa penerbit; jil. 1, hal. 184. 

38 



Pada zaman kita sekarang, larangan itu menjadi wajib, 
malah fardu kerana kuatnya kerosakan 



73 



Ini bermakna beliau memahami larangan dalam kata-kata al-Haskafi 
sebagai makruh semata-mata. Maka, hukum menutup muka baginya 
adalah sunat dan menjadi wajib hanya disebabkan dahsyatnya ritnah 
seperti yang berlaku pada hari ini. 

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, muktamad atau mufta 'alayhi di 
sisi mazhab Hanafi adalah wajibnya perempuan muda menutup muka 
terutamanya pada hari ini. Saya tidak berani mengatakan mereka turut 
mewajibkan kepada wanita berusia melainkan berdasarkan zahir ibarat 
mereka sahaja. Oleh itu, saya tidak menjazamkannya. 

Maka, dengan ini terbuktilah bahawa dakwaan bahawa mazhab Hanafi 
tidak mewajibkan purdah - menutup muka - secara mutlak atau separuh 
mutlak adalah tidak benar sama sekali. 

Pandangan Mazhab Maliki 

Selesai dua mazhab, sekarang kita beralih pula ke mazhab Maliki. Dalam 
persoalan hukum menutup muka, terdapat beberapa pendapat antara 
mereka. Tetapi, yang jelas, mazhab mereka tidak mewajibkan menutup 
muka tetapi sekadar menyunatkan. Ini adalah hukum asal. Bagi mereka, 
yang wajib ditutup hanyalah aurat. Tidak aurat, tidak wajib - sama 
seperti Hanafiyyah. Ini secara kasarnya. 

Berikut disalin - secara ringkas - daripada petikan kitab al-Taj wa-al-Iklil 
syarah Mukhtasar Khalil oleh Imam al-Mawwaq (897 H) yang 
memuatkan nukilan-nukilan daripada ahli mazhab tentang perkara ini: 

[(Aurat wanita)... dan bersama ajnabi selain wajah dan 
kedua-dua belah tapak tangan] Dalam al-Muwatta'... 



73 Majma' al-Anhur fi Sharh Multaqa al-Abhur yang dicetak bersama al-Durr aI-Muntaqa 
fiSharh aI-MuItaqa; op. cit; jil. 1, hal. 122. 

39 



(Kata) Ibn al-Qattan: di dalam (athar) ini (terdapat 
isyarat) keharusan mempamerkan muka dan dua 
tangannya (wanita) kepada ajnabi... Dan al-Baji 
mengekalkannya (gambarannya) mengikut zahirnya 
(tanpa takwilan). Kata Ibnu Muhriz: muka wanita di sisi 
Malik dan ulama-ulama lain bukan aurat... Kata 'Iyad: di 
dalam semua (riwayat) ini (terdapat) hujah di sisi ulama 
bahawa wanita tidak wajib menutup mukanya dan 
menutup muka hanyalah mustahabb dan sunat baginya... 
Tidak ada khilar bahawa kefarduan menutup muka 
termasuk dalam perkara yang dikhususkan kepada isteri- 
isteri Nabi shalla Allah 'alay-hi wa-sallam. Sekian daripada 
Ikmal [lkmdl al-Mulim Sharh Sahih Muslim oleh Kadi 

'iyad)... 74 

Walau bagaimanapun, hukum sunat ini tidaklah secara mutlak bahkan 
bersyarat sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama-ulama lain. Syarat- 
syarat tersebut ialah: 

Pertama, tidak menimbulkan ritnah. Ini sebagaimana yang dijelaskan 
oleh: 

Satu, Syeikh al-Hattab (954 H): 

Ketahuilah sesungguhnya, jika wanita dibimbangkan 
menimbulkan ritnah, wajib baginya menutup muka dan 
kedua-dua belah tapak tangan. Ini yang dikatakan oleh 
Kadi 'Abd al-Wahhab... 75 

Ini bermakna, syarat harus mendedahkan muka adalah aman daripada 
fitnah. 

Dua, Syeikh al-Dardir (1201 H): 



74 Al-Taj wa-al-Iklil H-Mukhtasar Khalil yang dicetak bersama Mawahib al-Jalil Sharh 
Muktasar Khalil (1416 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 1, hal. 181. 
Mawahib al-Jalil yang dicetak bersama al-Taj wa-al-Iklil; op. cit; jil. 1, hal. 181. 

40 



[Dan] aurat wanita merdeka [dengan lelaki ajnabi] 
baginya iaitu bukan mahram adalah seluruh tubuh 
[kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan]. 
Adapun kedua-dua bahagian tersebut bukan aurat 
walaupun wajib menutupnya kerana ritnah. 76 

'Kerana fitnah' ditakwilkan sebagai qayd atau syarat bukan 'illah atau 
hikmah wajib menutup muka kerana saya tidak menemui seorang pun 
ulama Maliki yang menisbahkan kewajipan menutup muka secara 
mutlak kepada mazhab. Mustahil beliau memuktamadkan kewajipan 
mutlak ini di dalam kitab yang dikhususkan \xntukflqh Maliki. 

Tiga, Syeikh al-Dasuqi (1230 H): 

Katanya [seperti menutup muka wanita merdeka dan dua 
tangannya] iaitu wajib apabila dibimbangkan ritnah 
dengan mendedahkannya. 77 

Ini juga yang disimpulkan oleh Syeikh Mustafa al-Bugha yang 
bermazhab Shafi'i dalam ulasannya tentang/zq/2 Maliki. Katanya; 

Wajib ke atas wanita menutup selain muka dan kedua-dua 
belah tapak tangan - ketika aman daripada fitnah - di 
hadapan lelaki ajnabi di luar solat. Jika ia bimbangkan 
fitnah, wajib baginya menutup seluruh tubuhnya. 78 

Kewajipan ini bukan dalam keadaan biasa sahaja, malah ketika ihram 
juga seperti yang disebutkan oleh Syeikh 'Abd Allah bin al-Tahir: 



Al-Sharh al-Saghir 'ala Aqrab al-Masalik ila Madhhab al-Imam Malik yang dicetak 
bersama Hashiyah al-Sawi (t.t); Kaherah: Dar al-Ma'arif; jil. 1, hal. 289. 

77 Hashiyah al-Dasuqi 'ala al-Sharh al-Kabir (t.t); Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah; jil. 1, 
hal. 214. 

78 AI-Tuhfah al-Radiyyah fi Fiqh al-Sadah al-Malikiyyah (1413 H); Ain M'Lila: Dar al- 
Huda; hal. 206. 

41 



Diharamkan kepada perempuan memakai pakaian 
berjahit... dan menutup mukanya kecuali kerana ritnah 
maka wajib menutupnya dengan penutup yang dijulurkan 
di atas kepalanya dan mukanya tanpa lekatan atau 



ikatan... 79 



Kedua, bukan kepada lelaki bukan Islam sebagaimana yang disebut oleh: 

Satu, Syeikh al-Nafrawi (1126 H): 

Adapun (aurat wanita merdeka) dengan lelaki kafir bukan 
hambanya, seluruh tubuh termasuk muka dan kedua-dua 
belah tapak tangan. 80 

Dua, Syeikh 'Ulaysh (1299 H): 

...[Dan] auratbagi wanita merdeka [dengan] lelaki [ajnabi] 
Muslim seluruh tubuhnya [kecuali muka dan kedua-dua 
belah tapaktangan]... 81 

Tiga, Syeikh al-SawT (1241 H): 

Katanya [dengan lelaki ajnabi] iaitu Muslim sama ada 
merdeka atau hamba... 

Empat, Syeikh al-Abi (1335 H): 

... Adapun ajnabi yang kafir, seluruh tubuhnya (wanita 
merdeka) termasuk wajah dan kedua-dua belah tapak 
tangannya aurat baginya (ajnabi kafir tersebut). 83 



79 Al-Hajj p al-Fiqh al-Mdlikl wa-Adillatuhu (1422 H]; Maghribi: al-Dar al-Bayda'; hal. 97. 

Al-Fawakih al-Dawani 'ala Risalah Ibn Zayd al-QayrawanI (1418 H]; Beirut: Dar al- 
Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 1, hal. 202. 

81 Sharh Manh al-Jalll 'ala Mukhtasar al-AUdmah Khalll (t.t); Beirut: Dar Sadir; jil. 1, hal. 
133. 

Hdshiyah al-SdwIyang dicetak bersama al-Sharh al-Saghlr; op cit. 

42 



Maka, untuk menampakkan muka, hendaklah dipastikan tidak terdapat 
lelaki kafir kerana muka ketika itu dianggap aurat yang wajib ditutup. 

Demikian juga yang kesimpulan yang dibuat oleh alim Maliki daripada 
kalangan wanita, Kawkab 'Ubayd dengan katanya: 

(Had aurat perempuan merdeka yang sudah baligh) 
dengan lelaki ajnabi yang kafir, seluruhnya aurat yang 
termasuk bersamanya muka dan kedua-dua belah tapak 
tangan. 84 

Ketiga, tidak cantik - seperti penjelasan Zarruq yang dinukilkan nanti. 

Daripada nukilan-nukilan di atas, secara mudahnya disebut bahawa 
jumhur muta'akhkhirm mazhab Maliki berpendapat bahawa wanita 
tidak perlu menutup muka selagi tidak terdapat ajnabi bukan Islam. 
Inilah muktamad di sisi mereka. Ulama-ulama mutaqaddimm mereka 
pula tidak didapati meletakkan syarat ini. Akan tetapi, Malikiyyah secara 
majoritinya - kalau tidak secara sepakat pun - mewajibkan menutup 
muka ketika fitnah. 

Ini dapat difahami daripada keterangan di bawah: 

... Maka, harus melihat kepada kedua-duanya (muka dan 
kedua-dua belah tapak tangan wanita merdeka) - tidak 
ada beza antara depan dan belakang tapak tangan - tanpa 
niat mendapatkan kelazatan (syahwat) atau 
merasakannya. Jika tidak, maka haram. Adakah wajib ke 
atasnya (wanita itu) menutup muka dan kedua-dua belah 
tapak tangannya pada saat ini? (Ya,) inilah yang disebut 



83 Fiqh al-'lbadat 'ala al-Madhhab al-Maliki (t.t); tanpa penerbit; hal. 143; versi al- 
Maktabah al-Shamilah 3.48. 

4 Jawahir al-Iklil Sharh Mukhtasar al-Imam Khalil (t.t); Beirut: al-Maktabah al- 
Thaqafiyyah; jil. 1, hal. 43. 

43 



oleh Ibnu Marzuq sebagai mashhur al-madhhab. Atau, 
tidak wajib baginya tetapi wajib bagi lelaki menundukkan 
pandangannya. Inilah muatadd nukilan al-Mawwaq 
daripada 'Iyad. Zarruq dalam Sharh al-Waghlisiyyah pula 
memperincikan antara yang cantik - maka wajib - dengan 
yang lain (tidak cantik) - maka digalakkan. 85 

Imam Ibnu Marzuq (781 H) mengatakan, wajib menutup muka jika 
diketahui bahawa seorang ajnabi sedang memandangnya dengan 
syahwat dan ini adalah mashhur al-madhhab. Istilah mashhur ini 
digunakan untuk tiga makna. Pertama, pendapat ramai. Kedua, pendapat 
rajih. Ketiga, kata-kata Ibnu Qasim (191 H) dalam al-Mudawwanah. 
Tetapi, kebanyakan ulama mazhab menggunakannya dengan pengertian 
pertama. 86 Ini menunjukkan pendapat yang masyhur dalam mazhab 
Maliki mewajibkan menutup muka ketika ritnah. 

Selain itu, pendapat ini juga disahihkan oleh Syeikh 'Abd Allah al-'Alawi 
(1230 H) Nawazil beliau yang dinazamkan Syeikh al-'Aqib al-Shanqiti: 

Tatkala takut ia (wanita) akan ritnah daripada pandangan, 
Atau ia (lelaki) ingin kelazatan dengan melihat; 

Maka wajib menutup muka dan dua tangan, 

Atas yang di-rajih-kan daripada dua pendapat. 87 

Dengan ini, pendapat yang disandarkan kepada Kadi 'Iyad dilemahkan di 
sisi mazhab lebih-lebih lagi hanya berdasarkan mafhum iqtida'. Oleh 
yang demikian, pendapat muktamad dan masyhur dalam mazhab Maliki 
sama seperti pendapat Ibnu Hajar dan lain-lain dalam mazhab Shafi'i. 
Maka, menyandarkan kemutlakan keharusan mendedahkan wajah 



Hdshiyah al-Sawi yang dicetak bersama al-Sharh al-Saghir; op cit. 
86 Rujuk: 'Abd al-'Az!z bin Salih al-KhalIfi (1414 H); al-lkhtilaf al-Fiqhi fi al-Madhhab al- 
Maliki; tanpa penerbit; hal. 183-185. 

Nazm Nawazil al-'Alldmah Sayyidi 'Abd Alldh al-'Alawi yang dicetak bersama Marja' 
al-Mushkildt 'ald Madhhab fi al-l'tiqdddt wa-al-'Ibdddt wa-al-Mu'dmaldt wa-al-Jindydt 
'ald Madhhab al-Imdm Mdlik (t.t); Tropoli: Maktabah al-Najah; hal. 31. 

44 



kepada mazhab Maliki atau sebahagian ulama-ulama mereka tidak 
benar adanya. 88 

Maksud saya, apa yang dinisbahkan oleh Fatimah Syarha kepada Ibnu 
Marzuq bahawa beliau mengatakan, tidak wajib baginya (wanita pada 
saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan 
tapak tangannya) adalah satu kesilapan. Beliau menterjemah 
keterangan al-Sawi secara salah. Terjemahan sebenar seperti dalam 
keterangan tadi. 

Pandangan Mazhab Hanbali 

Adapun mazhab terakhir antara mazhab empat, mazhab Hanbali adalah 
mazhab yang paling tegas dalam masalah ini. Mereka mewajibkan 
wanita menutup muka. Daripada pengasasnya, Imam Ahmad bin Hanbal 
(241 H) lagi sehinggalah kepada ulama-ulama Hanabilah semasa, secara 
majoritinya mengatakan seluruh tubuh badan wanita adalah haram 
dipertunjukkan kepada ajnabi. Hanya segelintir yang cenderung kepada 
pendapat yang mengharuskan. 

Hampir sama seperti mazhab Shafi'i, terdapat pembahagian aurat di sisi 
mereka. Namun, mereka mengertikan aurat sebagai tempat yang wajib 
ditutup sahaja. Adapun di dalam solat, seluruh tubuh kecuali muka dan 
di hadapan ajnabi, termasuk muka. Demikian menurut mazhab mereka. 
Namun begitu, sesetengah ahli mazhab tidak menamakan muka sebagai 
aurat. Walaupun begitu, terdapat segelintir ulama mereka yang tidak 
mewajibkan menutup muka - dalam keadaan biasa. 

Berikut dua nusus sahih sarih daripada Imam Ahmad yang berkaitan: 



Disandarkan juga pendapat memakruhkan berpurdah - menutup muka - secara 
mutlak kepada segelintir ulama mazhab Malikl seperti al-DasuqI berdasarkan ibarat 
beliau dalam al-Sharh al-Kabir. Perkara ini tidak benar seperti yang dijelaskan oleh 
penyusun risalah Fatawa Kibar 'Ulama' al-Azhar al-Shari/ Hawl al-Niqab (1431 H); 
Kaherah: Dar al-Yusr; hal. 64, nota kaki 

45 



Kuku wanita aurat. Apabila ia keluar, sedikit pun daripada 
(tubuh)-nya tidak boleh kelihatan. Tidak tangan, tidak 
kuku, dan tidak juga khuff-nya... 



Dan; 



Tidak (harus wanita hitam menampakkan rambut atau 
dada) sekiranya ia Islam. Wanita seluruhnya aurat 
termasuk kukunya. 90 

Walaupun tidak menyebut 'muka' tetapi muka tercakup di dalam 
keumuman tubuh wanita. Menurut beliau, seluruh tubuh wanita aurat 
yang tidak boleh didedahkan kepada ajnabi. Apa yang disebutkan hanya 
sebagai contoh atau penekanan kerana bahagian-bahagian tersebut 
kemungkinan selalu didedahkan oleh wanita pada zaman beliau. 

Antara ulama mazhab yang berpendapat muka aurat dan wajib ditutup 
adalah: 

Pertama, Muwaffiq al-DIn Ibnu Qudamah al-Maqdisi (620 H): 

Adapun hadis Asma' kalau sahih pun, (boleh) dianggap 
sebelum turun (ayat/perintah) hijab. Oleh itu, kami pun 

i ■ 91 

menganggapnya begitu. 

Hadis Asma' RA yang dimaksudkan adalah hadis yang menjadi dalil 
keharusan mendedahkan muka dan tangan kepada ajnabi. Beliau 
mentakwilkannya dengan mendakwanya sebelum turun ayat hijab. Ini 
bermakna, selepas turun ayat hijab, muka dan tangan tidak boleh 
ditunjukkan kepada ajnabi. Malah, keterangan beliau dalam masalah ini 



Diriwayatkan oleh al-Khallal dalam Ahkam al-Nisa' (1423 H]; Beirut: Mu'assasah al- 
Rayyan; hal. 32, no. 18. Disahihkan oleh penyemak, 'Amr 'Abd al-Mun'im Sallm. 

90 Ibid; hal. 33, no. 21. 

91 Al-Mughnl wa-al-Sharh al-Kabir (1403 H); Beirut: Dar al-Kitab al-'ArabI; jil. 7, hal. 
461. 

46 



sangat jelas menghubungkaitkan antara melihat dengan 
memperlihatkan. 

Kedua, Imam al-Tanukhi (695 H): 

... Kerana kalaulah mereka (wanita) dilarang melihat 
(lelaki ajnabi) sudah tentu wajib lelaki berhijab supaya 
tidak dilihat oleh mereka sebagaimana wanita 
diperintahkan berhijab supaya tidak dilihat oleh lelaki. 92 

Lebih kurang dengan nas Imam al-Ghazali - sebelum ini - dan Ibnu 
Qudamah, 93 beliau mengaitkan hijab dengan pandangan. Apabila haram 
dipandang, haram didedahkan. Wajah wanita haram dipandang ajnabi, 
maka haramlah didedahkan kepada mereka. Keharusan melihat pada 
keadaan-keadaan tertentu bermakna keharusan memperlihatkan pada 
keadaan-keadaan tersebut. 

Ketiga, Imam Ibnu Taymiyyah (728 H): 

Tidak harus wanita mendedahkan wajah mereka sehingga 
dapat dilihat oleh ajnabi. Pemerintah hendaklah 
menyuruh perkara baik dan mencegah daripada 
kemungkaran ini... 94 

Keempat, Imam Ibnu al-Mabrad (909 H): 

Wajib ke atasnya (wanita) menutup mukanya ketika 
keluar. 95 

Kelima, Syeikh al-Hijjawi (968 H): 



92 Al-Mumti'fiSharh al-Muqni' (1424 H); Mekah: Maktabah al-Asadl; jil. 3, hal. 539. 
Al-Mughni wa-al-Sharh a/-Kab!r; op. cit; hal. 465. 

94 MajmWah aI-Fatawa (1426 H); Mansurah: Dar al-Wafa'; jil. 24, hal. 214. 

95 Sharh al-Zarkashi 'ala Mukhtasar al-Khiraqi fi al-Fiqh 'ala Madhhab al-Imam Ahmad 
ibn Hanbal (1413 H); Riyadh: Maktabah al-'Ubaykan; jil. 3, hal. 620. 

47 



(Tubuh) wanita merdeka yang sudah baligh semuanya 
aurat di dalam solat termasuklah kuku dan rambutnya 
kecuali muka. Kata sekumpulan (ulama mazhab): dan 
kedua-dua belah tapak tangannya. Kedua-dua belah tapak 
tangan dan muka adalah aurat di luar solat dari sudut 
pandangan (ajnabi) seperti bahagian tubuhnya yang lain. 96 

Istilah 'aurat dari sudut pandangan' yang digunakan oleh beliau tidak 
boleh disamakan dengan istilah sebahagian ulama mazhab Shafi'i kerana 
pembahagian aurat kepada yang wajib ditutup dan yang haram dilihat 
tidak masyhur - atau tidak ada - dalam mazhab mereka. 

Keenam, Syeikh al-Bahuti (1100 H): 

[Seluruh (tubuh) wanita merdeka] yang baligh [adalah 
aurat kecuali wajahnya]. Jadi, (muka) bukan aurat di 
dalam solat. 97 

Bukan aurat di dalam solat, maknanya aurat di luar solat - di hadapan 
ajnabi. 

Ketujuh, Syeikh al-Ruhaybani (1243 H); sama seperti yang disebutkan 
oleh al-Tanukhi. 98 

Kelapan, Syeikh Ibnu Baz (1420 H): 

Sekiranya di sisinya ada ajnabi, wajiblah ke atasnya 
menutup muka dan kedua-dua belah tapak tangannya 

99 

juga. 



96 AI-Iqnd' li-Tdlib al-Intifd' (1423 H); Arab Saudi: Darah al-Malik 'Abd al-'Az!z; jil. 1, hal. 
134. 

97 Al-Rawd al-Murabba' Sharh Zad al-Mustaqni' (1426 H); Riyadh: Madar al-Watan; jil. 2, 
hal. 103. 

98 Matalib Uli al-Nuha fl Shari Sharh Ghayah al-Muntaha (t.t); Beirut: al-Maktab al- 
Islami; jil. 5, hal. 16. 

99 Majmu" Fatawa wa-Maqalat Mutanawwi'ah (1420 H); Riyadh: Dar al-Qasim; jil. 10, 
hal. 409. 

48 



Kesembilan, Syeikh Ibn al-'Uthaymin (1421 H): 

Adapun (aurat) dalam bab pandangan, yang dikehendaki 
adalah menutup punca-punca fitnah. Maka, wajib ke 
atasnya (wanita) menutup muka daripada bukan 
mahram. 100 

Kesepuluh: Syeikh 'Abd al-Muhsin al-'Ubaykan: 

Masalah: muka dan kedua-dua belah tapak tangan wanita 
merdeka yang telah baligh adalah aurat di luar solat dari 
segi pandangan seperti bahagian tubuhnya yang lain. 101 

Sungguhpun begitu, segelintir ahli mazhab pula memilih pendapat 
mazhab Maliki iaitu sekadar menyunatkan menutup muka selain 
mengaitkannya dengan ritnah. Mereka antaranya ialah: 

Pertama, Shams al-DIn Ibnu Muflih (763 H) - ketika menyentuh 
persoalan memaksa wanita menutup muka; 

Adapun berdasarkan pendapat-pendapat kami dan 
pendapat sekumpulan ulama Shafi'iyyah dan lain-lain 
bahawa harus memandang wanita ajnabi tanpa syahwat 
dan khalwat, maka tidak boleh mengingkarinya 
(perbuatan mendedahkan muka). 102 

Ibarat beliau juga menunjukkan perkaitan antara hukum memandang 
wajah dan hukum mendedahkannya. Sekiranya benar begitu, yang 
disebutkan beliau mungkin pendapat peribadi dan mungkin beliau ingin 
menyandarkannya kepada Hanabilah. Ini kerana ulama-ulama 
Hanabilah memang mewajibkan menutup muka. Apa Walau 



Al-Sharh al-Mumti' 'ala Zad al-Mustaqni' (t.t); Dar Ibn al-jawzl; jil. 2, hal. 161. 
101 Ghayah al-Maram Sharh Mughni Dhawi al-Afham (1419 H]; Beirut: Mu'assasah al- 
Risalah; jil. 3, hal. 310. 
102 AI-Adab al-Shar'iyyah (1419 H); Beirut: Mu'assasah al-Risalah; jil. 1, hal. 297. 

49 



bagaimanapun, pendapat masyhur di sisi Hanabilah sebagaimana yang 
diperincikan mewajibkan menutup muka. 

Kedua, Syeikh Ibnu Badran (1346 H). 

Kesimpulan daripada kata-kata Hanariyyah dan 
Malikiyyah bahawa muka dan kedua-dua belah tapak 
tangan bukan aurat di dalam dan di luar solat. Ini juga 
zahir perkataan Imam Ahmad... Jadi, masalahnya bukanlah 
muka, kedua-dua belah tapak tangan, suara itu aurat atau 
tidak sehingga kita memanjangkan perdebatan 
tentangnya tetapi rahsianya (titik persoalannya) adalah 
(wujud) ritnah atau tidak... Fitnah itu kekejian atau 
syahwat... 103 

Nampaknya, beliau menyandarkan pendapat tidak auratnya muka 
secara mutlak - di dalam dan luar solat - kepada zahir kata-kata Imam 
Ahmad. Walaupun begitu, seperti yang dijelaskan, ini tidak menjejaskan 
hukum menutup muka kerana keauratan muka dan hukum menutupnya 
berbeza. Beliau sendiri mewajibkan menutup muka dalam suasana 
fitnah, adakah ketika itu muka menjadi aurat baginya? 

Akhirnya, dirumuskan bahawa pendapat yang muktamad lagi masyhur 
di sisi mazhab Hanbali adalah wajibnya menutup muka sebagaimana 
kata Syeikh Musa'id al-Falih: 

Pendapat pertama, seluruh tubuh wanita merdeka aurat... 
Ini juga pendapat yang sahih di sisi Hanabilah. 

Pandangan Mazhab Zahiri 



104 



103 Al-Mawahib al-Rabbaniyyah ff al-Ajwibah 'ala al-As'ilah al-Qazaniyyah (1425 H]; 
Beirut: al-Maktab al-Islaml; hal. 214-215. 

104 Ahkam al-'Awrah wa-al-Nazar bi-Dalil al-Nass wa-al-Nazar (1413 H]; Riyadh: 
Maktabah al-Ma'arif; hal. 46. 

50 



Mazhab Zahiri yang diasaskan oleh Imam Dawud bin 'Ali (270 H) sudah 
lama senyap dan lenyap. Tetapi, pengaruh yang dibawa khususnya 
dengan jasa Imam Ibnu Hazm (456 H) dalam dunia keilmuan Islam 
masih wujud hingga hari ini. Namun sayang, tidak banyak yang 
diketahui tentang mazhab ini memandangkan sumbernya begitu terhad. 
Tidak ada kitab lengkap membicarakan mazhab mereka yang sampai 
kepada kita melainkan satu, al-Muhalla oleh Ibnu Hazm. 

Dalam kitab tersebut, beliau menjelaskan pendapat beliau dalam 
masalah menutup muka bagi wanita. Pendapat yang dipilihnya, tidak 
wajib menutup muka. Kata beliau; 

Di dalamnya (ayat ke-31 surah al-Nur) terdapat nas 
keharusan mendedahkan muka... Maka, benarlah tangan 
wanita dan wajahnya tidak aurat... 105 

Saya tidak menolak beliau membolehkan wanita mendedahkan 
mukanya walaupun ketika ritnah, cantik, dan dipandang dengan 
syahwat. Hal ini demikian kerana beliau menggunakan hadis al-Fadl bin 
'Abbas RA - akan dibincangkan nanti. 106 Di dalamnya, disebutkan al-Fadl 
merenung seorang perempuan yang cantik dan Rasulullah SAW yang 
hadir tidak menyuruh perempuan tersebut menutup mukanya. 

Setakat ini, didapati daripada lima mazhab fiqh yang masyhur dalam 
kalangan umat Islam, jumhur mereka mewajibkan menutup muka. 
Mereka terdiri daripada jumhur Hanariyyah, Shafi'iyyah, dan Hanabilah. 
Hanya ulama-ulama mazhab Maliki, Zahiri, sebahagian kecil ulama 
mazhab Shafi'i, dan segelintir ulama mazhab Hanbali yang berpendapat 
tidak wajib. Itu pun, tidak kesemua mereka dan tidak secara mutlak 
pula. Kebanyakan mereka pula mewajibkannya dalam keadaan fitnah. 
Bahkan, ramai Malikiyyah yang mewajibkan menutup muka daripada 
lelaki bukan Islam. Ini bermakna, mereka tetap mewajibkannya. 



105 Al-Muhalla fi Sharh al-Mujalla bi-al-Hujaj wa-al-Athar (t.t); Bayt al-Afkar al- 
Dawliyyah; hal. 305-306. 
106 /Wd;hal. 306. 

51 



Kesudahannya, menutup muka adalah wajib di sisi jumhur ulama 
mazhab yang lima dan turut disokong oleh ulama-ulama lain. 

Dengan ini, robohlah kenyataan yang dibina oleh Fatimah Syarha tatkala 
mengatakan, tidak mewajibkan adalah pendapat majoriti ulama fiqh 
sejak zaman sahabat; terbongkarlah kesilapan bekas Mufti Perlis dalam 
artikelnya, Purdah pada Pandangan Jumhur Ulama apabila 
menyandarkan pendapat tidak mewajibkan purdah kepada jumhur; 107 
dan terdedahlah kesalahan telah dilakukan oleh Ketua Dewan Muslimat 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila mendakwa secara melulu bahawa 
agama Islam tidak mewajibkan menutup muka sekali gus menarikan 
kewujudan pendapat muktabar yang difatwakan oleh jumhur ulama. 
Kata beliau: 

Dalam agama ada menyebut bahawa Islam hanya 
meminta wanita tutup aurat. Tutup aurat tidak semestinya 
seseorang itu perlu menutupi semuanya, kita boleh 
mendedahkan muka dan tangan sebagaimana kita 
memakai telekung untuk mengerjakan solat. 108 

Sebenarnya, banyak lagi pendapat ulama-ulama selain sahabat yang 
belum dibawakan. Pendirian ulama-ulama di luar mazhab yang lima juga 
belum disebutkan. Malah, saya masih membisu tentang pendapat- 
pendapat ramai ulama lain walaupun termasuk dalam ulama mazhab 
kerana tidak disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh mazhab walaupun 
sebahagian kecil daripada nukilan-nukilan tadi dipetik daripada kitab- 
kitab lain. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan nukilan-nukilan selebihnya akan 
diselitkan di tengah-tengah perbincangan mendatang - dengan izin Allah 
jua. Buat masa sekarang, cukuplah kita katakan, jumhur fuqaha lima 
mazhab mewajibkan menutup muka. Sekian. 



107 Lihat: http://drmaza.com/home/?p=68 bertarikh 20 September 2007. 

10 Purdah Hanya Budaya Arab: Muslimat; artikel dalam akhbar Sinar Harian, 9 

September 2009, hal. N7. 

52 



Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat 
dan riwayat daripada para sahabat fatharj 

Fatimah Syarha 

Bab Tiga 

Hujah-hujah Tidak Wajib Menutup Muka oleh Fatimah Syarha 

Serta Jawapan 

Sebenarnya, bilangan manusia yang menyokong atau menentang 
sesuatu pegangan atau amalan bukanlah penentu kebenaran. Islam 
bukan agama demokrasi. Benar, jumhur biasanya benar tetapi mereka 
tidak semestinya betul. 

Maka, memilih pendapat mewajibkan semata-mata kerana dipilih oleh 
jumhur ulama tidak direstui syarak Kita diperintahkan mentaati Allah 
dan rasul, bukan menuruti jumhur. Apabila sabit kebenaran, sama ada 
pendapat itu pendapat jumhur atau tidak, wajiblah diikuti. 

Dalam masalah ini, saya yakin Fatimah Syarha memilih pendapat tidak 
mewajibkan menutup muka bukan semata-mata kerana merupakan 
pendapat jumhur - pada pandangannya. Beliau hanya menjadikannya 
sebagai penguat bukan asas. Pendek kata, pegangan beliau bukan 
pegangan yang lemah, ulama-ulama yang alim dan pakar dalam selok- 
belok agama pun menyetujuinya. 

Sebab utama pemilihan adalah seperti yang disebutnya, pendapat ini 
berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat daripada para sahabat, dan 
bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta 
diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan 
umat ini. Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Syeikh al- 
Qaradawi berkaitan hal ini. Demikian ujarnya. Cuma, saya harap al- 
Qaradawi tidak termasuk dalam punca pemilihan. 

Selepas puas membuktikan bahawa pendapat yang mewajibkan adalah 
pendapat jumhur ulama, sekarang ingin saya dedahkan satu-persatu, 
adakah benar dalil-dalil syariat dan athar sahabat menunjukkan 

53 



kebenaran pendapat tidak mewajibkan menutup muka itu? Hujah 
mereka memang banyak, tetapi saya malas menyenaraikan kesemuanya 
di sini. Memadailah diselidik kesemua hujah yang dipilih oleh Fatimah 
Syarha dalam makalahnya kerana semestinya itulah hujah-hujah terkuat 
bagi pihaknya. Apabila tiang seri roboh, robohlah istananya. Apabila ibu 
kota dirampas, tertawanlah negerinya. 

Disebabkan kekangan masa, saya tidak berhajat menghimpunkan 
keseluruhan jawapan yang mungkin kepada dalil-dalil beliau. Malah, 
saya akan mengkhususkan satu atau hanya beberapa jawapan untuk 
setiap dalil. Jawapan yang diberikan, insya-Allah adalah jawapan yang 
terkuat. 'Terkuat' kerana terdapat banyak jawapan lain yang disediakan 
oleh alim-ulama. Ada yang kuat, ada yang lemah. Jawapan yang saya 
pilih, mudah-mudahan jawapan yang paling kuat antara jawapan- 
jawapan tersebut. 

Hujah Pertama: Ayat 31, surah al-Nur - Ayat Zinah 

Firman Allah SWT: 

... Dan janganlah mereka (para Mukminah) menampakkan 
perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya... 

[Ayat 31, surah al-Nur] 

Terjemahan di atas berdasarkan harriah. Fatimah Syarha pula 
menterjemahkannya dengan; 

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya 
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. 

Fatimah Syarha menjelaskan bahawa; 

Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah al-Nur, ayat 
31... Mereka mengecualikan muka dan tapak tangan. 

54 



Antara mereka yang berpandangan demikian ialah Anas 
bin Malik, Ibnu 'Abbas, 'A'ishah, Sa'id bin Jubayr, 'Ata', 
Qatadah, Miswar 109 bin Makhramah, Ibnu Jurayj, dan lain- 
lain. Imam al-Tabari, al-Razi, al-Baydawi, dan lain-lain 
menyokong pendapat Ibnu 'Abbas dan lain-lain. 

Daripada penjelasan di atas, disimpulkan bahawa tafsiran jumhur 
sahabat bagi 'apa yang zahir daripadanya' adalah muka dan tapak 
tangan yang diikuti pula oleh sekelompok tabiin dan dipilih oleh 
sebahagian mufasirin. Ini bermakna, muka boleh diperlihatkan dan tidak 
perlu ditutup walaupun di hadapan ajnabi kerana yang diperintahkan 
untuk ditutup adalah selain muka dan tapak tangan sahaja - menurut 
Fatimah Syarha. 

Sebagai makluman, dijelaskan bahawa beliau tersilap menyandarkan 
tafsiran 'muka dan tapak tangan' kepada Anas bin Malik, 110 'A'ishah, m 



09 Pembetulan daripada asal: Musawwir. 



Diriwayatkan oleh al-BayhaqI dalam al-Sunan al-Kubra (1424 H]; Beirut: Dar al- 
Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 2, hal. 319 secara mu'allaq daripada beliau seperti: 

Celak dan cincin. 

Disebutkan oleh al-Sayutl dalam al-Durr al-Manthur (1424 H]; Kaherah: 
Markaz Hijr; jil. 11, hal. 24 secara mu'allaq daripada Ibnu al-Mundhir daripada beliau. 

Kesimpulannya, riwayat ini da'if 
Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra; no. 3127 dan Mujahid dalam 
Tafsir al-Imam Mujahid ibn Jabr (1410 H]; Kaherah: Dar al-Fikr al-Islami al-Hadithah; 
hal. 491 daripada 'Abd al-Rahman bin al-Hasan al-Qadi daripada Ibrahim bin al-Husayn 
daripada Adam bin Abu Iyyas daripada Warqa' - bin 'Umar - daripada 'Uqbah bin al- 
Asamm daripada Ata' bin Abu Rabah daripada beliau - tanpa Warqa' dalam riwayat al- 
Bayhaqi; 

oiKjij U-jJi 

Muka dan dua belah tapak tangan. 

Abd al-Rahman bin al-Hasan - al-Asadi al-Hamdhani; All bin Salih: da'if 
mendakwa meriwayatkan daripada Ibnu Dayzll lalu hilang ilmunya. Aku pernah 
mencatat beberapa hadis daripadanya pada hari-hari selamat (sebelum beliau 
berubah]. Beliau (ketika itu] tidak mendakwa (meriwayatkan] daripada Ibrahlm (Ibnu 
Dayzll] kemudian mendakwanya. Beliau meriwayatkan hadis-hadis yang terkenal 
(daripada Ibrahlm]. Ibrahlm ditanyakan tentangnya (hadis-hadis tersebut] dan beliau 
memandang aneh. Kami rasa beliau (Ibrahlm] mengingkari ('Abd al-Rahman] 
mendengarnya (daripada beliau]. Sepupunya, Abu Ja'far dan al-Qasim bin Abu Salih 

55 



Miswar bin Makhramah, 112 Ibnu Jurayj, dan Sa'id bin Jubayr kerana 
riwayat-riwayat berkenaan tidak sahih pun daripada mereka. Selain itu, 
Sa'id bin Jubayr, 'Ata', Qatadah, dan Ibnu Jurayj tabiin bukan sahabat. 

Walau bagaimanapun, bukan kesilapan ini yang ingin ditumpukan 
sebaliknya kesilapan menjadikan tafsiran ayat tadi sebagai dalil 
keharusan mendedahkan muka. Hal ini demikian kerana mentafsirkan 
ayat tersebut dengan muka tidak bermakna harus menutup muka secara 
mutlak Ayat tersebut hanya menjelaskan had aurat yang boleh dibuka 
kepada ajnabi apabila wujud hajat dan maslahat. Maknanya, apabila 
perlu, hanya muka dan tapak tangan boleh diperlihatkan kepada 
mereka. Selain itu, tidak - kecuali dalam keadaan darurat. 

Sebelum ini pun sudah dijelaskan, sebahagian ulama yang mengatakan 
muka bukan aurat aurat pun mewajibkan menutup muka. Ini bererti, 
tidak ada hubung kait antara keauratan muka dengan menutup muka. 
Tidak semestinya setiap yang perlu ditutup itu aurat. Tetapi, setiap 
aurat perlu ditutup. Oleh itu, mafhum ayat ini sebenarnya berbunyi; 

... Dan janganlah mereka (para Mukminah) menampakkan 
perhiasan mereka (sama sekali) kecuali apa yang zahir 
daripadanya (perhiasan, maka bolehlah dinampakkan 
apabila perlu)... 



juga mengingkari (riwayatnya daripada Ibrahlm). Beliau pun diam sehinggalah mereka 
semua meninggal dunia kemudiannya mendakwa (meriwayatkan) kitab-kitab 
musarma/ dan tafsir... Aku dengar al-Qasim mendustakannya. Ini di samping 
penglibatannya dalam urusan orang-orang yang zalim (pemerintah). [Lihat: al-Dhahabl 
(1417 H); Siyar A'\am al-Nubala'; Beirut: Mu'assasah al-Risalah; jil. 16, hal. 15-16; 
rujuk: al-Khatlb al-Baghdadl (1422 H); Tarikh Baghdad; Beirut: Dar al-Gharb al-Islaml; 
no. 5381] 

Kesimpulannya, riwayat ini mawdu". 
112 Diriwayatkan oleh 'Abd al-Razzaq al-San'anI dalam Tafsir; op. cit; jil. 2, hal. 56 
daripada Ma'mar - bin Rashid - daripada - Muhammad bin Muslim - al-Zuhri daripada 
seorang lelaki daripada beliau. 

Kesimpulannya, riwayat ini da'if. 



56 



Tafsiran ini bertepatan dengan pendapat kesemua ulama dan amalan 
umat Islam zaman-berzaman yang mengharuskan wanita membuka 
muka apabila terdapat kemaslahatan yang memerlukan kepada 
pengenalan dan pengecaman diri seperti jual beli, peminangan, dan 
penyaksian. Secara ijmak mereka mengecualikan muka daripada zmah 
yang diperintahkan untuk ditutup dalam keadaan-keadaan tersebut 
sebagai satu rukhsah. 

Dipanggil rukhsah kerana pada awalnya wanita diperintahkan menutup 
seluruh tubuh iaitu melalui penurunan ayat 59, surah al-Ahzab yang 
diikuti dengan penurunan ayat 31, surah al-Nur yang mengandungi 
keringanan mendedahkan muka. 113 Hakikatnya, ramai ulama yang 
memahami ayat ini dengan makna yang disebutkan. Saya tampilkan tiga 
daripada mereka sebagai contoh; 

Pertama, Imam al-Bayhaqi (458 H). Beliau mengadakan sebuah bab 
dengan tajuk; 

Apa yang (Boleh) Didedahkan oleh Wanita Berupa 
Perhiasannya Ketika Hajat untuk Dilihat dan Apa yang 
Tidak (Boleh) Didedahkan. 114 

Perhatikan penjelasan beliau dengan 'apa yang (boleh) didedahkan... 
ketika hajat...' Kemudian, beliau menyebutkan ayat 31, surah al-Nur dan 
menyebutkan tafsiran Imam al-Shafi'I dengan muka dan tapak tangan 
sebelum meriwayatkan hadis Asma' binti Abu Bakr tentang keharusan 
mendedahkan muka dan tapak tangan. 115 Ini menunjukkan bahawa 
beliau memahami pengecualian dalam ayat khusus dengan maslahat. 



Lihat: Abu 'Abd Allah al-Dhahabl; Mata Nuzilat Ayat al-Hijab?; 
http://www.saaid.net/female/h26.htm tanpa tarikh. 

1U Al-Addb (1406 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; hal 339; versi Jawami' al-Kalim 
3.48. 



115 Ibid;ha\ 339-400. 



57 



Kedua, Imam Abu 'Abd Allah al-Qurtubi (671 H). Beliau memilih tafsiran 
muka dan tapak tangan untuk 'apa yang zahir daripadanya' dengan 
mengatakan; 

... Hanya sahaja disebabkan muka dan dua belah tapak 
tangan kebiasaannya terdedah kerana adat atau ibadat 
dan begitu juga semasa solat dan haji, maka pengecualian 
(daripada perhiasan yang wajib ditutup) sesuai untuk 
merujuk kepadanya (muka dan tapaktangan). 116 

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan di tempat lain bahawa; 

Berdasarkan yang terkandung dalam usul syariat bahawa 
wanita seluruhnya adalah aurat sama ada tubuh mahupun 
suaranya seperti yang telah dijelaskan maka tidak harus 
mendedahkannya (tubuh dan suara) kecuali kerana hajat 
seperti penyaksian ke atasnya atau penyakit yang 
terdapat pada tubuhnya... 117 

Penyaksian ke atas wanita memerlukannya menunjukkan muka untuk 
dicam. Ini adalah antara keadaan yang mengharuskan wanita 
mendedahkan muka. Oleh itu, difahami di sini bahawa muka tidak boleh 
dinampakkan dalam keadaan biasa. Ini memberi kefahaman bahawa 
pengecualian muka dan tapak tangan dalam ayat 31, surah al-Nur 
bukansecara mutlak 

Ketiga, Imam al-Sayuti (911 H). Kata beliau ketika mentafsirkan ayat 
berkenaan; 

... [Kecuali apa zahir daripadanya] iaitu muka dan kedua- 
dua belah tapak tangan. Maka, diharuskan bagi ajnabi 



116 Al-Jami' H-Ahkam al-Qur'an wa-al-Mubayyin li-Ma Tadammana-hu mina al-Sunnah 
wa-Ay al-Furqan (1427 H]; Beirut: Mu'assasah al-Risalah; jil. 15, hal. 213. 

117 Ibid; )i\. 17,hal. 208. 

58 



melihatnya sekiranya tidak dibimbangkan ritnah dalam 
satu daripada dua pendapat. Pendapat kedua, diharamkan 
(ajnabi melihatnya) kerana merupakan punca berlakunya 
fitnah dan pendapat ini dipilih untuk menutup pintu 
(fitnah). 118 

Secara terang beliau mentafsirkan 'apa zahir daripadanya' dengan muka 
dan tapak tangan walaupun beliau menguatkan keharaman 
memandangnya dalam keadaan aman daripada fitnah. Tetapi, di tempat 
lain, ketika mentafsirkan ayat 59 surah al-Ahzab beliau menyatakan: 

... Iaitu hendaklah mereka mengenakan sebahagian 
(jilbab) pada muka apabila mereka keluar untuk 
(menunaikan) keperluan-keperluan mereka kecuali 
sebelah mata. 119 

Juga kata beliau; 

Ayat hijab (ayat 59 surah al-Ahzab) ini (ditujukan) kepada 
seluruh wanita. Di dalamnya, terdapat (dalil) kewajipan 
menutup kepala dan muka ke atas mereka tetapi ini tidak 
diwajibkan ke atas hamba perempuan. 120 

Ini menunjukkan beliau tidak berpendapat muka boleh didedahkan 
secara mutlak walaupun beliau mentafsirkan perhiasan yang zahir 
dengan muka dan tapak tangan. Apabila keluar rumah atau berhadapan 
dengan ajnabi, wanita diwajibkan menutup muka. Ini bermakna, muka 
hanya boleh dibuka dalam keadaan-keadaan tertentu. Jika tidak, berlaku 
ketidakserasian antara kata-kata beliau. 



118 Tafslr al-Jalalayn (1425 H); Kaherah: Maktabah al-Safa; hal. 353. 

119 /fc/d;hal.426. 

120 Al-Iklilfi Istinbat al-Tanzil (1401 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; hal. 214. 

59 



Dengan ini, semua tafsiran 'apa yang zahir daripadanya (zinah)' dengan 
muka atau semakna dengannya tidak boleh menjadi hujah untuk 
mengatakan menutup muka tidak wajib. 

Hujah Kedua: Hadis Asma' binti Abu Bakr 

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (275 H) m dan al-Bayhaqi 122 menerusi 
Sa'id bin Bashir daripada Qatadah - bin Di'amah - daripada Khalid bin 
Durayk daripada 'A'ishah RA bahawa Asma' binti Abu Bakr RA masuk 
menemui Rasulullah SAW dengan memakai baju yang nipis. Rasulullah 
pun berpaling dan bersabda: 

liij ll» % \£a iSy, °o\ ^liaJ f «>->^l cil$ fy «tjJl 01 tl^-l 15 

Wahai Asma', sesungguhnya perempuan apabila telah 
didatangi haid tidak boleh lagi dilihat daripadanya selain 
daripada ini dan ini... 

... Seraya baginda menunjukkan muka dan dua belah tapak tangan 
baginda - dengan lafaz Abu Dawud. 

Terjemahan Fatimah Syarha pula berbunyi; 

... Bahawa Asma' binti Abu Bakr pernah mendatangi 
rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma') 
dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan 
tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan 
berkata, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita 
yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian 
daripada (tubuh)-nya kecuali ini dan ini." Baginda SAW 
memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak 
tangan. 



121 



122 



Sunan Abi Dawud (1430 H]; Damsyik: Dar al-Risalah al-'Alamiyyah; no. 4104. 
Al-Sunan al-Kubrd: op. cit; no. 13496 dan Shu'ab al-Iman (1423 H]; Riyadh: 



Maktabah al-Rushd; jil. 10, hal. 7409. 

60 



Kemudian, menurut beliau; 

Al-Albani 123 menilai hadis ini hasan dalam kitabnya, Hijab 
al-Mar'ah al-Muslimah, meskipun statusnya mursal dan 
perawinya da'if Ini kerana ada hadis penguat (hadis 
shdhid) dari riwayat Asma' binti 'Umays. Riwayat penguat 
lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan 
sahabat, ramai wanita tidak berniqab. 

Daripada keterangan tersebut, didapati bahawa beliau mengakui 
bahawa hadis yang disebutkan mursal dan da'if Tetapi, beliau cuba 
menguatkannya - sama ada menjadi sahih atau hasan - dengan dua 
sokongan. Pertama, hadis Asma' binti 'Umays RA. Kedua, keadaan 
kebanyakan wanita pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat yang tidak 
berpurdah. Disebabkan beliau sendiri mengakui bahawa hadis tersebut 
mursal dan da'if saya tidak mahu mengulas tentangnya - walaupun saya 
hanya mengatakannya mursal sahaja. Sebaliknya, saya hanya mahu 
menyentuh perihal penguatan yang didakwa. 

Baiklah, dimaklumkan bahawa hadis ini hakikatnya adalah mursal 
Qatadah iaitu diriwayatkan oleh Qatadah terus daripada Rasulullah 
SAW. 124 Riwayat-riwayat lain yang menyebutkan Aisyah atau nama- 
nama lain antara beliau dengan Rasulullah tidak sahih. 125 Qatadah 
merupakan tabiin peringkat pertengahan - antara tabiin besar dengan 



Pembetulan daripada asal: al-Bani. 

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam al-MarasiI (1418 H]; Beirut: Mu'assasah al- 
Risalah; no. 437; daripada Muhammad bin Bashshar daripada Ibnu* Dawud daripada 
Hisham - bin Sanbar - daripada Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda; 

J-ygiil jl L*IJjj 144^-j Sf| Ul. iSy. <!>! pkej i JL~>U- 1S1 %j&\ h\ 

Sesungguhnya perempuan apabila telah berhaid, tidak boleh dilihat daripadanya 

kecuali muka dan tangannya hingga ke pergelangan. 

* Dalam al-Marasil ma' al-Asamd (1406 H]; Beirut: Dar al-Qalam; hal. 215: Abu. 

125 Al-Naqd al-Banna' li-Hadith Asma' fi Kashf al-Wajh wa-aI-Kaffayn li-al-Nisa' (1422 

H]; Giza: Maktabah Ibn Taymiyyah; hal. 39. 

61 



tabiin kecil sedangkan selain tabiin besar, mursal mereka dianggap 
lemah. Kata Imam al-Dhahabi (748 H): 

Antara selemah-lemah mursal di sisi mereka (ulama) 
adalah mursal al-Hasan. Lebih lemah daripada itu adalah 
mursal al-Zuhn, Qatadah, dan Humayd al-Tawil daripada 
kalangan tabiin kecil. 126 

Oleh yang demikian, mursal Qatadah tidak boleh diterima secara mutlak 
- dengan mahupun tanpa sokongan. Inilah pegangan ulama-ulama yang 
disebutkan oleh mahaguru dalam masalah ini, Imam al-Shafi'I dalam 
kata-katanya; 

Adapun (tabiin) selepas tabiin besar yang banyak 
menyaksikan sebahagian sahabat Rasulullah, aku tidak 
tahu ada seorang pun daripada mereka (ahli ilmu) yang 
menerima mursalnya kerana beberapa sebab... 127 

Beliau mengucapkan kata-kata ini selepas menerangkan syarat-syarat 
penerimaan hadis mursal yang menandakan bahawa penguatan hadis 
mursal dengan karenah lain hanya sah pada mursal tabiin besar. Jika 
mursal Qatadah dilayakkan untuk penguatan sekalipun, hadis Asma' 
binti 'Umays tetap tidak berupaya untuk menyokongnya kerana 
diriwayatkan oleh al-Tabarani 128 (360 H) dan al-Bayhaqi 129 menerusi - 
'Abd Allah - bin Lahi'ah daripada 'Iyad bin 'Abd Allah daripada Ibrahim 
bin 'Ubayd bin Rifa'ah al-Ansari daripada ayah/ibunya daripada Asma' 
binti 'Umays. 



126 AI-Muqizah fi 'Ilm Mustalah al-Hadith (1405 H); Aleppo: Maktab al-Matbu'at al- 
Islamiyyah; hal. 40. 

127 AI-Risalah (1430 H); Iskandariah: Dar al-'Aq!dah; hal. 361. 

128 Lihat: al-Mu'jam al-Kubrd (t.t); Kaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah; jil. 24, hal. 142- 
143, no. 378 dan aI-Mu'jam al-Awsat (1415 H); Kaherah: Dar al-Haramayn; no. 8394. 

Lihat: al-Sunan al-Kubrd; op. cit; no. 13497. 

62 



'Abd Allah bin Lahfah ini da'if. Kata al-Dhahabi: dilemahkan... Imam 
Ahmad berkata: siapa lagi seperti Ibnu Lahi'ah di Mesir dari segi 
banyaknya hadis, ketelitian, dan ketepatannya? Aku (al-Dhahabl) 
mengatakan: (yang menjadi) amalan adalah melemahkan hadisnya. 130 
Kata Ibnu Hajar al-'Asqalani (852 H): saduq... bercelaru selepas kitab- 
kitab beliau terbakar. Riwayat Ibnu al-Mubarak dan Ibnu Wahb lebih 
tepat berbanding selain mereka. 131 

Sebahagian ulama pula menyamakan antara hadis-hadisnya sama ada 
sebelum atau selepas bercelaru seperti Abu Zur'ah al-Razi (264 H). 
Beliau ditanya tentang riwayat-riwayat awal daripada beliau. Jawabnya: 
awal atau akhir sama sahaja... 132 Sebahagian ulama pula mendakwa 
ittifak ahli hadis atas kelemahan beliau. Kata al-Tirmidhi (279 H): da'ifdi 
sisi ahli hadis... Kata al-Bayhaqi: telah bersepakat ahli hadis atas 
kelemahan Ibnu Lahi'ah dan tidak berhujah dengan apa yang 
diriwayatkannya secara bersendirian. 133 Makanya, beliau da'if 

Selain itu, guru beliau, 'Iyad bin 'Abd Allah juga bermasalah. Kata al- 
Dhahabi: (ada) di-thiqah-kan dan kata Abu Hatim: tidak kuat. 134 Kata 
Ibnu Hajar:/T-ft/7/'n. 135 

Sebahagian ulama memuktamadkan beliau sebagai da'if Kata Yahya bin 
Ma'in (233 H): da'if al-hadith. Kata al-Bukhari (256 H): munkar al-hadith. 
Kata al-'Uqayli (322 H): hadis-hadisnya tidak mahfuz. Ulama yang 
menerimanya juga mengakui bahawa beliau bermasalah seperti Ahmad 
bin Salih (248 H): (beliau seorang yang) thabt, mempunyai kedudukan 
di Madinah tetapi di dalam hadisnya terdapat sesuatu. Jadi, 'Iyad bin 



130 Al-Kashif; op. cit; no. 2934. 

Taqrib al-Tahdhib; op. cit; no. 3945. 

132 Lihat: Ibnu Abl Hatim (1371 H]; al-Jarh wa-al-Ta'dil; Hayderabad: Da'irah al-Ma'arif 
al-Islamiyyah; no. 682. 

133 Ma'rifah al-Sunan wa-al-Athar (1412 H); Aleppo: Dar al-Wa'y; jil. 9, hal. 43. 

134 Al-Kashif; op. cit; no. 4359. 
Taqrib al-Tahdhib; op. cit; no. 5632. 

63 



'Abd Allah lebih tepat adalah seorang yang maqbul. Jadi, hadisnya secara 
berseorangan dikira da'if 

Ini bermakna hadis Asma' binti 'Umays paling tinggi adalah da'if 
sedangkan syarat penguatan hadis mursal dengan hadis musnad yang 
lain hadis musnad tersebut mestilah sahih iaitu diriwayatkan oleh rawi- 
rawi yang thiqah seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Shafi'I - tanpa 
mengambil kira syaratnya tentang tabiin besar; 

Antaranya, hendaklah dilihat kepada hadis yang 
diriwayatkan secara mursal itu. Sekiranya para hafiz 
kepercayaan turut sama (dalam meriwayatkannya) dan 
meriwayatkannya secara musnad daripada Rasulullah 
dengan makna seperti yang diriwayatkan (oleh rawi yang 
memursalkannya), ini menjadi petanda kesahihan 
(riwayat) rawi yang (riwayat ini) diterima daripadanya 
dan hafalannya. 136 

Tentang penguatan dengan 'realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan 
sahabat, ramai wanita tidak berniqab' pula, sebenarnya penguatan 
dengan cara ini tidak sah kerana termasuk dalam apa yang dipanggil al- 
istidlal bi-mahall al-niza': pendalilan dengan tempat khilaf. Hal ini sama 
dengan orang yang mengatakan, hadis ini da'if kerana bertentangan 
dengan realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat iaitu semua 
wanita berniqab. Tidak sepatutnya seorang yang menghujah sesuatu 
pandangan menggunakan pendalilan seperti itu. 

Dengan yang demikian, hadis Aisyah RA tetap mursal dan tidak boleh 
dijadikan hujah untuk mengatakan muka tidak wajib ditutup. 

Hujah Ketiga: Hadis Thabit bin Shammas 



Al-Risalah; op. cit; hal. 363. 



64 



Diriwayatkan oleh Abu Dawud 137 daripada 'Abd al-Rahman bin Sallam 
daripada Hajjaj bin Muhammad daripada Faraj bin Fadalah daripada 
'Abd al-Khabir bin Qays bin Thabit bin Shammas 138 daripada ayahnya 
daripada datuknya RA, katanya: seorang perempuan yang dipanggil 
Ummu Khallad datang kepada Nabi SAW sedangkan ia berpurdah 
bertanyakan tentang anaknya yang gugur (syahid). Sebahagian sahabat 
Nabi SAW pun bertanya "kamu datang bertanyakan tentang anakmu 
dalam keadaan berpurdah?" Jawab beliau: walaupun aku kehilangan 
anak, aku tidak akan kehilangan perasaan malu... 



Dialih bahasa oleh Fatimah Syarha pula dengan; 



i139a 



... Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khallad ) 
datang menemui Rasulullah. Dia datang dengan wajah 
tertutup. Dia bertanya perihal anaknya yang terbunuh. 
Beberapa orang sahabat berkata kepadanya, "saudari 
datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?" Ummu 
Khallad berkata, "walau anak saya terbunuh, tapi tidak 
dengan rasa malu saya." 

Daripada hadis ini, beliau mengatakan: 

Pada waktu-waktu tertentu (bukan semua waktu), 
mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan 
menimbulkan tanda tanya... Jika memang penutup muka 
pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan perawi 
berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan 
penampilan Ummu Khallad. Jawapan Ummu Khallad 
menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana 
rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul. Kalau 



137 



Sunan Abi Dawud; op. cit; no. 2488. 
138 Pembetulan daripada asal: 'Abd al-Khablr bin Thabit bin Qays bin Shammas. [Lihat: 
Ibnu Hajar al-'AsqalanI (1414 H); Tahdhib al-Tahdhib; Kaherah: Dar al-Kitab al-Islaml; 
no. 4306] 

Pembetulan daripada asal: Khalad, begitu juga selepas ini. 

65 



memang penutup wajah wajib secara syariat, tentu dia 
tak akan menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya 
demikian, seakan-akan 140 bertanya, "kenapa kamu solat?" 

Taakulan yang dibuat oleh beliau ada benarnya tetapi hanya sekiranya 
hadis ini dapat diterima tetapi malangnya hadis ini langsung tidak sahih. 
Faraj bin Fadalah, kata Ibnu Hajar: da'if. ul Kata al-Dhahabi: dilemahkan 
oleh al-Daraqutni dan lain-lain. Dikuatkan oleh Ahmad. 142 

Sebenarnya, Imam Ahmad tidak menguatkannya secara mutlak Pernah 
beliau mengatakan: Abu Fadalah (Faraj bin Fadalah) meriwayatkan 
hadis-hadis munkar daripada (beberapa) orang-orang thiqah. 1A3 
Sementara itu, kata al-Bukhari 144 dan Muslim 145 (261 H): munkar al- 
hadith. Kata Ibnu Hibban (354 H): termasuk antara orang-orang yang 
menterbalikkan sanad dan meletakkan matan-matan yang lemah pada 
sanad-sanad yang sahih. Tidak halal berhujah dengannya. 145 

Selain itu, kata Ibnu Mahdi (198 H): Faraj bin Fadalah meriwayatkan 
hadis-hadis yang maaluhah lagi munkar daripada ahli Hijaz. 147 Kata 
Imam Ahmad pula: apabila ia meriwayatkan daripada orang-orang 
Syam, tidak mengapa. 148 Ini bermakna, beliau juga melemahkan hadis- 
hadisnya daripada rawi-rawi Hijaz. Gurunya dalam hadis ini, 'Abd al- 
Khabir bin Qays orang Hijaz, bukan Syam. Oleh itu, beliau dihukum 



Pembetulan daripada asal: seakan. 

141 Taqrib al-Tahdhib; op. cit; no. 2052. 

142 AI-Kdshif; op. cit; no. 4446. 

143 Lihat: Su'dldt Abi Ddwud (1414 H); Madinah: Maktabah al-'Ulum wa-al-Hikam; no. 
300. 

144 



145 



Al-Tdhkh al-Saghir (1406 H); Beirut: Dar al-Ma'rifah; jil. 1, hal. 187. 

Al-Kund wa-al-Asmd' (1404 H); Madinah: al-Jami'ah al-Islamiyyah bi-al-Madinah al- 
Munawwarah; no. 2766. 

AI-Majruhin min al-Muhaddithin wa-al-Du'afd' wa-al-Matrukin (1412 H); Beirut: Dar 
al-Ma'rifah; jil. 2, no. 206. 

47 Lihat: al-Kdmil fi Du'afd' al-Rijdl (t.t); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 7, hal. 
142. 

148 Lihat: al-Dulabi (1322 H); al-Kund wa al-Asmd'; Hayderabad: Maktabah al-Ma'arif al- 
Nizamiyyah; jil. 2, hal. 81. 

66 



munkar al-hadith jiddan dalam hadis ini. Ini sekiranya apa yang 
diperkatakan oleh Ibnu Hibban tidak benar. Jika tidak, beliau kadhdhdb. 

'Abd al-Khabir bin Qays pula apa kurangnya. Kata Ibnu Hajar: majhul al- 
hal. 149 Kata al-Dhahabi: shaykh. 150 Kata al-Bukhari: hadisnya laysa bi- 
qa'im. 151 Kata al-'Uqayli (322 H): hadisnya tidak disokong dan tidak 
diketahui melainkan dengannya (hadis tersebut). Seorang ahli 
Madinah. 152 



Ibnu Hibban: munkar al-hadithjiddan. Aku tidak pasti sama ada nakarah 
dalam hadisnya adalah daripadanya atau daripada al-Faraj bin Fadalah 
kerana al-Faraj dalam bab hadis tidak berguna langsung. Apabila 
terdapat syeikh yang lemah yang meriwayatkan daripada seorang 
syeikh, tidak mudah untuk meletakkan kelemahan hanya kepada salah 
seorang daripada mereka walaupun sewajibnya menjauhi perkara- 
perkara yang diriwayatkannya. 153 Kata Ibnu 'Adi (365 H): tidak 
dikenali. 154 Jadi, beliau majhul. Sudah pasti, hadis yang dimaksudkan 
oleh mereka semua adalah hadis tadi kerana tidak ada hadis lain yang 
diriwayatkan oleh beliau. 

Kesimpulannya, hadis ini da'if jiddan dan tidak jauh kalau dikatakan 
mawdu'. Dengan dapatan ini, kelemahan Fatimah Syarha dalam berhujah 
dengan nas yang sahih menjadi semakin nyata. 

Hujah Keempat: Hadis Larangan Berpurdah Ketika Ihram 



Diriwayatkan oleh al-Bukhan 155 dan al-Bayhaqi 156 daripada Ibnu 'Umar 
RA bahawa Rasulullah bersabda: 



Taqrib al-Tahdhib; op. cit; no. 4212. 
150 Al-Kdshif; no. 3122. 

Al-Kdmil fi Du'afa' a/-Rijal; op. cit; hal. 51. 
152 Kitctb al-Du'afa' (1420 H); Riyadh: Dar al-SamI'1; no. 1091. 

Al-Majruhin; op. cit; no. 141. 

154 Al-Kamil; op. cit. 

155 Sahih al-Bukhdri (1427 H); Riyadh: Maktabah al-Rushd; no. 1838. 
Al-Sunan al-Kubrd; op. cit; no. 9040. 

67 



Dan wanita yang berihram tidak boleh berpurdah. 

Namun begitu, hadis ini diterjemahkan oleh Fatimah Syarha dengan 
bunyi; 

Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan 
penutup wajah. 

Beliau juga menyandarkan hadis ini kepada al-Bukhari dan al-Bayhaqi 
daripada hadis Ibnu 'Abbas dan 'A'ishah RA. Saya tidak tahu hadis mana 
yang diambilnya tetapi saya pasti beliau tersilap menterjemah niqab 
seperti yang terdapat dalam sesetengah riwayat 157 dengan 'penutup 
wajah'. Kalimah tersebut sepatutnya diterjemahkan dengan purdah. 

Kemudian, Fatimah Syarha melanjutkan; 

Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu 'Abbas dan 'A'ishah, 
Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan 
penutup wajah. (HR Bukhari). Jika wajah dan tapak tangan 
memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya? 
Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti 
menggunakan pakaian berjahit, berburu, dan memakai 
wangian pada asalnya boleh. Bagaimana boleh dikatakan 
yang wajib ketika ihram (membuka wajah) pada asalnya 
adalah haram pula? Ulama sepakat bolehnya wanita 
membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah mungkin 



157 



Antaranya riwayat Abu Dawud; Sunan Abi Dawud; op. cit; no. 1827 daripada Ibnu 
'Umar RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW; 

Melarang wanita yang sedang berada dalam ihram daripada [memakai] dua belah 
sarung tangan dan purdah. 

68 



syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan 
solat? 

Baiklah, diterangkan dahulu bahawa beliau tersilap - buat sekian kalinya 
- dengan mencampuradukkan persoalan keauratan muka dengan 
kewajipan menutupnya - daripada ajnabi. Dua perkara ini berbeza. Kita 
tidak membincangkan tentang keauratan muka tetapi hukum 
menutupnya. Jadi, tidak sepatutnya soalan 'apakah mungkin syariat 
membenarkan terbukanya aurat ketika haji...' ini ditimbulkan. 

Kedua, Rasulullah SAW tidak pernah melarang wanita muhrim menutup 
muka. Apa yang diriwayatkan daripada baginda hanyalah larangan 
memakai purdah - atau 'penutup wajah' mengikut istilah Fatimah 
Syarha. Harus diingatkan, berpurdah dan menutup muka satu benda 
yang berlainan. Berpurdah semestinya menutup muka, tetapi menutup 
muka tidak semestinya berpurdah. Maka, tidak sepatutnya dicetuskan 
'jika wajah memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya?' 

Ketiga, yang disepakati oleh ulama hanyalah tentang 'bolehnya wanita 
membuka wajah ketika solat dan haji' dan ini tidak dinarikan. Mereka 
juga bersepakat mengharuskannya ketika bersendirian dan bersama 
mahram. Tetapi masalahnya, bukan perkara ini yang dibicarakan. 
Persoalan sekarang, adakah mereka bersepakat mewajibkan wanita 
yang sedang solat atau berihram mendedahkan muka secara mutlak - 
walaupun dipandang oleh ajnabi? Sebahagian ulama mewajibkan 
menutup muka secara walaupun di dalam solat dan ihram apabila 
dilihat ajnabi - seperti yang dibawakan sebelum ini. Ini bermakna tidak 
ada ijmak dalam masalah ini. 

Ketiga, terdapat beberapa perkara yang asalnya adalah wajib tetapi 
menjadi haram dalam keadaan-keadaan tertentu walaupun bukan sebab 
hajat atau darurat. Sebagai contoh, solat fardu bagi perempuan pada 
asalnya adalah wajib tetapi menjadi haram dalam keadaan berhaid dan 
bernifas. Jadi, 'bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram 



69 



(membuka wajah) pada asalnya adalah haram pula?' seolah-olah 
bertanyakan 'bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika kotor 
(meninggalkan solat) pada asalnya adalah haram pula?' 

Keempat, oleh sebab masalah mendedahkan muka ketika ihram masih 
diperselisihkan para ulama, menjadikan pendapat yang mewajibkannya 
secara mutlak sebagai hujah adalah perbuatan yang tidak wajar lagi 
tidak sah kerana termasuk dalam al-istidldl bi-mahall al-niza'. 

Say sudahi jawapan ini dengan menukilkan kata-kata Syeikh 'Ali al- 
Sabuni - tanpa membenarkan keseluruhannya. Kata beliau; 

... Menunjukkan dengan jelas kewajipan menutup muka 
dan tidak mendedahkan di hadapan ajnabi. Ya Allah, 
kecuali... Atau wanita itu sedang berada dalam ihram haji 
kerana waktu itu adalah waktu ibadat sedangkan fitnah 
(ketika itu) terpelihara. Oleh itu, tidak (boleh) disamakan 
(waktu-waktu lain) dengan waktu ini sebagaimana yang 
dilakukan oleh orang-orang jahil pada hari ini apabila 
mereka mengatakan "apabila harus mendedahkan muka 
dalam keadaan ihram, maknanya harus juga baginya 
mendedahkannya pada waktu-waktu lain kerana muka 
bukan aurat". Ini adalah kata-kata orang yang tidak faham 
syariat Islam. 158 

Hujah Kelima: Ayat 30 Surah al-Nur 

Firman Allah SWT: 



-t» 






Rawa'i' al-Bayan Tafsfr Ayat al-Ahkam min al-Qur'an (t.t); Dar al-Fikr; jil. 2, hal. 311. 

70 



Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman bahawa 
hendaklah mereka menundukkan sebahagian daripada 
pandangan mereka... 

[Ayat 30, surah al-Nur] 

Demikian terjemahan secara harriah. 

Ujar Fatimah Syarha: 

Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan dalam 
Surah an-Nur, ayat 30 dan dalam banyak hadis. Jika semua 
wanita menutup wajah, apa maknanya perintah ini? 

Jawapan ringkasnya sama seperti jawapan bagi soalan: Allah menyuruh 
manusia beriman dan memerintahkan mereka memerangi orang-orang 
karir. Jika semua orang beriman apa maknanya perintah memerangi 
orang kafir? 

Jawapan panjangnya pula, perintah dalam ayat ini adalah supaya lelaki 
menundukkan pandangannya secara mutlak walaupun daripada 
memandang wanita yang menutup seluruh tubuh. Jadi, kalaupun seluruh 
tubuh ditutup, ayat ini tetap 'bermakna'. 

Kedua, kebanyakan wanita yang dikatakan menutup mukanya tetap 
menampakkan sebahagian daripada muka seperti mata, kening, dan 
dahi. Semua ini tetap tidak boleh dipandang oleh lelaki. Selain itu, 
mereka juga akan mendedahkan mukanya apabila perlu kepada ajnabi 
yang berkenaan. Jadi, ayat ini 'bermakna' terhadap mereka. 

Ketiga, 'semua wanita' yang dimaksudkan semestinya tidak termasuk 
hamba perempuan dan wanita bukan Islam kerana mereka tidak 
diperintahkan menutup muka secara ijmak Jadi, sekiranya wanita- 
wanita Islam seluruhnya menutup muka, dua golongan ini tetap akan 



71 



mendedahkan mukanya. Ini bererti, ayat ini tetap 'bermakna' walaupun 
'semua wanita menutup wajah'. 

Hujah Keenam: Ayat 31 Surah al-Nur - Ayat Khimar 

Firman Allah SWT: 



» < y <. >> '» »' 



... (Dan katakanlah kepada Mukminat bahawa...) dan 
hendaklah mereka mengenakan tudung mereka pada 
belahan dada (baju) mereka. 

[Ayat 31, surah al-Nur] 

Bagi Fatimah Syarha; 

Perintah Allah dalam surah al-Nur, ayat 31, "dan 
hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya," tentang 
menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup 
wajah itu wajib, tentu Al-Quran mengatakannya dengan 
jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini. 

Hakikatnya, tidak mesti begitu. Betapa banyak perkara yang wajib tidak 
dijelaskan dalam al-Quran. Lihat, adakah ada ayat yang secara jelas - 
mengikut perkiraan beliau - tentang kewajipan menutup siku, bahu, dan 
jambul? Adakah patut dipertikaikan, jika semua itu wajib, tentu al-Quran 
mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini?! 



Bahkan, Allah taala telah berrirman: 



E 



o- 



'\' " -1 > s ."*■ ' l>\\ t'*' m'" \ <~'Xt \- i * tf i *\£ 



K**A\m? 



Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak 
perempuanmu serta wanita-wanita Mukminin bahawa 



72 



hendaklah mereka mengenakan sebahagian jilbab pada 
(tubuh) mereka. 

[Ayat 31, surah al-Nur] 

Dalam ayat di atas, Allah taala memerintahkan wanita menutup seluruh 
tubuh. Muka termasuk dalam bahagian tubuh. Ini bermakna, wajib 
menutup muka berdasarkan ayat ini. Inilah yang difahami oleh jumhur 
ulama tafsir. Saya sediakan sebahagian daripada mereka; 

Pertama, Imam al-Tabari (310 H): 

... Janganlah mereka menyerupai hamba perempuan pada 
pakaian mereka apabila mereka kecuali daripada rumah 
kerana keperluan lalu mendedahkan rambut dan muka 
tetapi hendaklah mereka mengenakan sebahagian jilbab 
mereka pada (tubuh) mereka... 159 

Kedua, Imam Makki (437 H): 

... Hendaklah mereka mengenakan selendang mereka ke 
(seluruh tubuh) mereka supaya mereka tidak menyerupai 
hamba perempuan pada pakaian mereka apabila keluar 
kerana keperluan lalu mendedahkan rambut dan muka 
tetapi hendaklah mereka mengenakan sebahagian jilbab 
mereka pada tubuh mereka... 160 

Ketiga, Imam Ilkiya (504 H): 

... Maka, (Allah) memerintahkan mereka menutup muka 
dan kepala tetapi tidak mewajibkannya kepada hamba- 
hamba perempuan. 161 



Jdmi' al-Baydn 'an Ta'wfl al-Qur'an (1422 H]; Kaherah: Dar Hijr; jil. 19, hal. 181. 
160 Al-Hidayah ild Bulugh al-Nihdyah (1429 H); Sharjah: Jami'ah al-Shariqah; jil. 9, hal. 
5869. 
161 Ahkdm aI-Qur'dn (1403 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 3-4; hal. 350. 

73 



Keempat, Imam al-Zamakhshan (538 H): 

... Hendaklah mereka (wanita merdeka) mengenakannya 
(jilbab) pada (tubuh) mereka dan menutup muka dan 
bahagian-bahagian antara kepala dan pinggul mereka 
dengannya. 152 

Kelima, Imam 'Alam al-DIn al-Sakhawi (642 H): 

... Hendaklah mereka mengenakan (jilbab) dan menutup 
muka dan bahagian-bahagian antara kepala dan 
pinggul. 163 

Keenam, Imam al-Baydawi (691 H): 

... Hendaklah mereka menutup muka dan tubuh dengan 



164 



cadar apabila keluar kerana sesuatu keperluan. 

Ketujuh, Imam Abu al-Barakat al-Nasafi (710 H): 

... (Hendaklah) mereka (wanita merdeka) mengenakannya 
(jilbab) pada muka dan bahagian-bahagian antara kepala 
dan pinggul. 165 

Kelapan, Imam Ibnu Juzi al-Kalbi (741 H): 



Al-Kashshdf 'an Haqd'iq Ghawamid al-Tanzil wa-'Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta'wil 
(1418 H); Riyadh: Maktabah al-'Ubaykan; hal. 98. 

Anwar al-Tanzil wa-Asrar al-Ta'wil (t,t); Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'ArabI; jil. 4, 
hal. 238. 

1M Ahkam al-Qur'dn (1403 H); Beirut: Dar al-Kutub aKIlmiyyah; jil. 3-4; hal. 350. 
165 Maddrik al-Tanzil wa-Haqd'iq al-Ta'wil (t.t); Riyadh: Maktabah Nizar Mustafa al-Baz; 
hal. 939. 

74 



... Maka Allah memerintahkan mereka (wanita merdeka) 
supaya mengenakan jilbab untuk menutup muka mereka 
dengannya... 166 

Kesembilan, Imam Abu Hayyan al-Andalusi (745 H): 

... Lalu, mereka (wanita merdeka) diperintahkan untuk 
menyalahi mereka pada pakaian mereka daripada pakaian 
hamba perempuan dengan memakai selendang dan cadar 
dan menutup menutup kepala dan muka... 167 

Kesepuluh, Imam al-Iji (905 H): 

... (Hendaklah) mereka mengenakannya (sebahagian 
jilbab) pada (tubuh) mereka dan (hendaklah) mereka 
menutup muka dan tubuh badan. 168 

Kesebelas, Imam Abi al-Su'ud (982 H): 

... Hendaklah mereka menutup muka dan tubuh mereka 
dengannya (jilbab) apabila keluar kerana apa-apa 
alasan. 169 

Kedua belas, Syeikh Isma'11 Haqqi (1137 H): 

... (Hendaklah) mereka menutup muka dan tubuh 
dengannya (sebahagian jilbab) ketika mereka keluar 
daripada rumah untuk sesuatu keperluan dan janganlah 



166 A1-Tashil li-'Ulum al-Tanzil (1415 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; hal. 195. 

167 Al-Bahr al-Muhit (1413 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 7, hal. 240. 

168 Jctmi' al-Bayan fi Tafsir al-Qur'an (1424 H); Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah; jil. 3, 
hal. 367. 

169 lrshad al-'Aql al-Salim ila Mazaya al-Kitab al-Karim (t.t); Riyadh: Maktabah al-Riyad 
al-Hadlthah; jil. 4, hal. 433. 

75 



mereka keluar dengan muka dan tubuh terdedah seperti 



170 



hamba perempuan., 
Ketiga belas, Syeikh Nawawi al-Jawi: 

Kerana orang yang menutup mukanya tidak 



171 



dikehendaki (orang) untuk didedahkan auratnya 
Keempat belas, Syeikh 'Abd al-Rahman al-Sa'di (1376 H): 

... Hendaklah mereka (wanita merdeka) menutup muka 



172 



dan dada mereka dengannya (jilbab) 

Kelima belas, Syeikh Abu Bakr al-Jaza'iri: 

... Hendaklah mereka (wanita merdeka) mengenakan 
jilbab pada muka sehingga tidak nampak daripada (tubuh) 
wanita selain sebelah mata untuk melihat jalan apabila 
keluar untuk sesuatu keperluan. 173 

Walaupun sebahagian daripada ulama-ulama yang disebutkan tadi 
mungkin tidak mewajibkan wanita menutup muka secara mutlak 
daripada ajnabi, tafsiran mereka sudah memadai untuk menunjukkan 
bahawa pensyariatan menutup seluruh tubuh termasuk muka ada di 
dalam al-Quran - meskipun hanya dalam suasana-suasana tertentu. 
Keadaan ini justeru menepis prasangka orang yang menyangka bahawa 
'jika menutup wajah itu wajib, tentu Al-Quran mengatakannya dengan 
jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini'. 



Ruh al-Bayanfi Tafsir al-Qur'an (t.t); tanpa penerbit; jil. 7, hal. 240. 
Marah Labid li-Kashf Ma'na Qur'an Majid (1305 H]; al-Tab'ah al-'Uthmaniyyah; jil. 2, 
hal. 189. 

172 Taysir al-Karim al-Mannan fi Tafsir Kalam al-Mannan (1424 H]; Beirut: Dar Ibn 
Hazm; hal. 640. 

173 Aysar al-Tafasir li-Kalam al-'Ali al-Kabir (1418 H]; Madinah: Maktabah al-'Ulum wa- 
al-Hikam; jil. 4, hal. 290. 

76 



Hujah Ketujuh: Ayat 52 Surah al-Ahzab 

Firman Allah SWT: 



£ » »> ^k" *** -' ' '*'* * ' <"i x/ "* -r'< v *»^ * st^tL* S^b 



^^jg3oztr. K?«J ^Ji«oiiO^ J^*5? 



<> 



Tidak dihalalkan wanita bagimu (wahai Muhammad) 
selepas ini, tidak juga (dihalalkan) untukmu menukarkan 
isterimu (dengan wanita lain) walaupun kamu tertarik 
dengan kecantikannya kecuali (hamba-hamba 
perempuan) yang dimiliki tangan kananmu. 

[Ayat 52, surah al-Ahzab] 

Ayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW tidak boleh berkahwin 
dengan mana-mana wanita selain dengan hamba perempuan baginda 
selepas turunnya ayat ini walaupun Rasulullah tertarik dengan 
kecantikannya. Ini mafhum daripada ayat ini. Walau bagaimanapun, 
berdasarkan penilaian Fatimah Syarha, ayat ini mengandungi hujah 
untuk mengatakan muka tidak perlu ditutup. Jelas beliau; 

Dalam surah al-Ahzab, ayat 52, "meskipun kecantikannya 
menarik hatimu..." Bagaimana mengetahui kecantikan 
seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup? 

Sekali lagi beliau mengemukakan persoalan yang tidak sepatutnya 
ditimbulkan dalam perbincangan ilmiah. Saya tidak faham bagaimana 
soalan sebegini boleh terpacul daripada mulut beliau. Jawapan untuk 
soalan yang remeh ini sama seperti jawapan bagi soalan 'jika semua 
wanita menutup wajah, apa maknanya perintah ini?' tadi. 

Selain itu, kewajipan menutup muka ini bukan diwajibkan semenjak 
Rasulullah SAW dilahirkan, tidak sebelum dilantik menjadi rasul, tidak 



77 



juga sebelum berhijrah. Jadi, baginda mungkin telah terlihat ramai 
wanita sebelum menutup muka diwajibkan. Antara mereka mungkin 
ada yang membuat baginda tertarik Itulah caranya bagaimana 
Rasulullah mengetahui kecantikan seorang wanita. 

Di samping itu, menutup muka tidak semestinya menutup seluruh muka. 
Jadi, melihat mata, kening, dan dahi yang masih terdedah pun sudah 
cukup membuatkan seorang lelaki terpikat. Bahkan, sekadar melihat 
tubuh yang dibaluti jubah yang labuh pun boleh membuatkan hati lelaki 
tertarik dan mencair. Ini bermakna, pendalilan dengan ayat ini ini begitu 
rapuh dan tidak layak masuk ke dalam gelanggang perdebatan ilmiah 
apatah lagi untuk mendepani pendapat mewajibkan menutup muka 
pilihan jumhur ulama. 

Hujah Kelapan: Kenyataan Bahawa Hanya Beberapa Wanita Sahaja 
yang Menutup Muka pada Zaman Awal Islam 

Untuk kali yang penghabisan, dalil Fatimah Syarha ialah; 

Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang 
mewajibkan niqab ialah wanita pada zaman awal Islam 
tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan hanya 
beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu 
sahaja. 

Saya tidak tahu apakah yang beliau maksudkan dengan 'zaman awal 
Islam'. Tetapi, maksudnya boleh jadi zaman Mekah. Jika ini benar, dalil 
beliau terkeluar daripada tajuk Tidak ada seorang pun ulama yang 
mengatakan kewajipan menutup muka bermula sedari zaman Mekah. 
Jadi, tidak menjadi masalah pun kalau 'tidak seluruhnya menutup wajah, 
melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu 
sahaja' ketika itu. 



78 



Jikalau telahan ini silap, zaman yang dimaksudkan pastinya zaman awal 
Madinah. Ini juga tidak memberi apa-apa hujah dalam masalah ini. 
Sebabnya, memang tidak ada sesiapa pun mendakwa menutup muka 
diwajibkan sebermula zaman Madinah. Ulama-ulama yang mewajibkan 
pun semuanya mengatakan kefarduan tersebut diwartakan dengan 
penurunan ayat 51 atau 59 surah al-Ahzab yang berlangsung pada tahun 
kelima Hijrah. Tidak ada seorang pun yang mengatakan sebelum itu. 
Tetapi, sekiranya 'zaman awal Islam' yang dimaksudkan selain itu, saya 
tidak teragak-agak untuk menuduh beliau berbohong. Beliau telah 
memfitnah sebahagian besar ulama Islam. 

Hujah Kesembilan: Hadis al-Fadl bin 'Abbas 

Diriwayatkan oleh al-Bukhari 174 daripada Ibnu 'Abbas RA katanya: 
Rasulullah SAW pernah membonceng al-Fadl bin 'Abbas RA di belakang 
baginda pada hari penyembilan (hari raya Aidiladha) di atas 
kenderaannya dan al-Fadl ketika itu merupakan lelaki yang tampan. 
Nabi SAW pun berdiri menghadap orang ramai berfatwa kepada 
mereka. Seorang perempuan yang cantik daripada Khath'am pun 
(datang) bertanyakan Rasulullah SAW. 

Al-Fadl pun berpaling memandang perempuan tersebut dan tertarik 
kepadanya. Nabi SAW pun ternampak al-Fadl sedang memandang 
kepadanya (perempuan tadi) lalu menghulurkan tangan baginda ke 
belakang dan menarik dagu al-Fadl lalu menghalangnya daripada 
(terus) memandang kepadanya (perempuan itu). Kemudian, al-Fadl 
memandangnya sekali lagi dan Rasulullah SAW pun melakukan sama 
seperti tadi. 

Kata Fatimah Syarha: 

Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah 
Fadl bin 'Abbas daripada memandang seorang wanita dari 



Sahih al-Bukhan; op. cit; no. 6228. 



79 



Khath'am yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas bahawa 
wanita itu memang cantik. Ibnu Hazm berkata, "jika wajah 
(cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita 
itu menutupnya." 

Sebenarnya beliau tidak menamakan hadis ini sebagai dalil tetapi jelas 
beliau berhujah dengannya. Oleh sebab itu, saya jadikan hadis ini 
sebagai dalil kesembilan dan terakhir bagi pihak beliau. Walaupun kata- 
kata yang disebutkan adalah daripada Ibnu Hazm, tidak diragui bahawa 
itu juga pandangan beliau. Beliau sebelum itu pun sudah menyebutkan; 

Al-Sawi berkata, "apakah wajib bagi wanita, pada saat 
lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup 
wajah dan tapak tangannya?" Ibnu Marzuq berkata "tidak 
wajib baginya." Perintah menundukkan pandangan 
ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh 
al-Mawwaq daripada 175 Kadi 'Iyad. Marzuq membezakan 
antara wanita cantik atau tidak Namun, kecantikan 
seorang wanita adalah suatu yang relatir. Si A mungkin 
memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya 
tidaklah cantik sangat. Lagipun, bagaimana seseorang 
wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya 
dengan nafsu? 

Sebagai peringatan, beliau terkeliru dalam menterjemahkan kandungan 
kitab Syeikh al-Sawi sehingga nampak seolah-olah berlaku perbualan 
antara al-Sawi dengan Ibnu Marzuq. Al-Sawi bertanya dan Ibnu Marzuq 
menjawab. Sebenarnya, tidakbegitu. Nukilan dan terjemahan yang tepat 
adalah, kata al-Sawi: 

... Adakah ketika itu (dilihat dengan syahwat) wajib 
baginya (wanita) menutup muka dan kedua-dua belah 
tangannya? (Ya,) inilah yang disebut oleh Ibnu Marzuq 



175 



Pembetulan daripada asal: Mawwaq dari. 

80 



yang mengatakan bahawa pendapat tersebut adalah 
mashhur al-madhhab; atau, tidak wajib baginya demikian 
(menutup muka dan tangan) dan yang wajibnya adalah 
menundukkan pandangan ke atas lelaki? Ini adalah 
muqtada nukilan al-Mawwaq daripada 'Iyad. Zarruq di 
dalam syarah al-Waghlisiyyah antara (wanita) yang cantik 
- maka wajib - atau tidak - maka digalakkan. 176 

Perhatikan betapa larinya terjemahan Fatimah Syarha. Beliau 
mengatakan Ibnu Marzuq berpendapat tidak wajib wanita menutup 
muka ketika dipandang dengan syahwat walhal adalah sebaliknya. 
Bahkan, Ibnu Marzuqlah yang mengatakan pendapat ini pendapat yang 
masyhur di sisi mazhab mereka, mazhab Maliki. Selain itu, beliau 
mengatakan pendapat yang tersilap disandarkan kepada Ibnu Marzuq 
itu sebagai pendapat yang 'dikutip oleh al-Mawwaq daripada daripada 
Kadi 'Iyad' padahal al-Sawi hanya menyebut, ini adalah muatadd nukilan 
al-Mawwaq daripada 'Iyad. Muatada nukilan bukan nukilan. 
Bagaimanapun jua, muatada nukilan tetap bukan nukilan. Di samping 
itu, beliau mengubah nama ulama yang mentafsilkan antara wanita 
cantik dengan tidak iaitu Zarruq kepada Ibnu Marzuq. 

Selain itu, selepas menyebutkan hadis Ibnu 'Abbas, Fatimah Syarha 
melanjutkan; 

Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna 
bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang 
lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang 
tidak disengaja. Sebahagian ulama yang lain pula 
mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat 
tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan 
memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya 
memandang wajahnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi memilih 
pendapat ini dalam bukunya al-Niqab li-al-Mar'ah. 



176 



Hashiyah al-Sawi yang dicetak bersama al-Sharh al-Saghir; op cit. 

81 



Menyentuh hadis Ibnu 'Abbas yang disebutkan, hadis tersebut lemah 
dari segi dalalah untuk menyokong mazhab Fatimah Syarha. Tidak ada 
penyebutan tentang menutup muka atau tidak. Yang ada, hanyalah 
gambaran tentang keelokan rupa paras perempuan yang dilihat oleh al- 
Fadl. Tetapi, ini tidak secara lazim memberi makna perempuan tersebut 
tidak menutup muka. 

Seperti yang telah dijelaskan, perempuan yang menutup muka tetap 
akan menampakkan bahagian mata dan dahi. Inilah yang mungkin 
dilihat oleh al-Fadl. Mungkin hadis ini berperanan dalam menghujah 
golongan yang mewajibkan wanita menutup keseluruhan muka 
termasuk sebelah atau kedua-dua belah mata tetapi tidak kuat untuk 
digunakan untuk menidakkan pendapat yang mewajibkan wanita 
menutup sebahagian muka. 

Menyatakan perempuan tersebut benar-benar mendedahkan 
sebahagian muka disokong dengan kenyataan peristiwa tersebut 
berlaku pada musim Haji. Sedia dimaklumkan bahawa purdah tidak 
dibenarkan dipakai ketika ihram. Kalau masih dalam ihram, 177 
perempuan tadi pastinya hanya memakai tudung sahaja. Kalau sudah 
tahallul pun, akan mengambil masa untuk memakai purdah semula. Jadi, 
beliau tentunya hanya dapat menutup muka dengan hujung tudung. 
Menutup muka dengan cara ini tidak akan meliputi seluruh muka 
seperti menutup muka dengan purdah - yang hanya menampakkan 
mata. 

Apa yang saya fahami, Fatimah Syarha sebenarnya ingin 
mengkhususkan hadis ini sebagai dalil untuk menyamakan antara 
wanita cantik dengan wanita yang kurang atau tidak cantik sekali gus 
menolak pendapat yang mewajibkan wanita cantik menutup muka yang 
dikemukakan oleh Zarruq. Sebab itu, beliau menukilkan kata-kata 'jika 



177 Rujuk: Mustafa al-'AdawI (1410 H]; al-Hijab Adillah al-Mujibin wa-Shubah al- 
Mukhalifin; Taif: Maktabah al-Tarafayn; hal. 83 dan seterusnya. 

82 



wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu 
menutupnya'. Sebelum itu juga, beliau memperkenalkan teori relativiti 
kecantikan untuk menolak penyamaan seluruh wanita dari segi hukum 
menutup muka - iaitu semuanya tidak wajib. 

Saya yakin beliau tergesa-gesa melancarkan kata-kata sehingga terlupa 
bahawa dalil yang disangkanya memihak kepadanya tiba-tiba berpaling 
tadah. Bagaimana tidak, beliau sendiri mengatakan 'Rasulullah 
memalingkan wajah Fadl bin 'Abbas daripada memandang seorang 
wanita dari Khath'am yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas bahawa 
wanita itu memang cantik'. Jadi, siapa yang mengatakan wanita itu 
cantik, Rasulullah SAW, al-Fadl bin 'Abbas, atau Ibnu 'Abbas? Zahir 
perkataan beliau, jawapannya adalah Ibnu 'Abbas. Sahaja. 

Jadi, yang pasti menganggap perempuan tersebut cantik hanyalah Ibnu 
'Abbas. Rasulullah belum pasti melihatnya cantik Jadi, perbuatan 
baginda membiarkan wanita tersebut mendedahkan muka mungkin 
kerana tidak cantik Dengan ini, terbatallah kata-kata Ibnu Hazm 'jika 
wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu 
menutupnya'. 

Tidak terhad dengan Ibnu Hazm, al-Qaradawi malah Fatimah Syarha 
sendiri pun dapat dihujah balas menggunakan hadis Ibnu 'Abbas sendiri. 
Al-Qaradawi 'mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat 
tanpa hasrat seksual.' Fatimah Syarha pula selain membolehkan wanita 
cantik mendedahkan mukanya secara mutlak atas alasan kenisbian 
kecantikan, juga mengharuskannya atas alasan kenisbian syahwat. 
Katanya, bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang 
memandangnya dengan nafsu? 

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW diriwayatkan mengalihkan 
pandangan al-Fadl daripada terus memandang perempuan berkenaan. 
Kalau benarlah dakwaan mereka, mengapa Rasulullah melakukan hal 
tersebut sedangkan al-Fadl belum tentu lagi 'timbul syahwat dengan 



83 



memandang wajah wanita' tersebut? Kalau mereka menjawab, baginda 
tahu dengan melihat cara al-Fadl memandang. Nah, ini bermakna 
'bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang 
memandangnya dengan nafsu?' sudah terjawab dengan sendirinya! 

Dicatatkan di sini bahawa yang sebetulnya, al-Fadl yang menyifatkan 
perempuan itu cantik Ibnu 'Abbas tidak menghadiri peristiwa tersebut 
tetapi mengetahuinya daripada al-Fadl sendiri. 178 Selain itu, 
penghujahan ke atas faham kenisbian kecantikan dan syahwat bawaan 
Fatimah Syarha tidak bererti saya menolaknya. Saya sekadar 



Antaranya, diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad; no. 1828 daripada Muhammad 
bin Ja'far daripada Sa'Id - bin Mihran - daripada Kathlr bin Shinzlr daripada Ata' bin 
Abu Rabah daripada Ibnu Abbas daripada al-Fadl bin 'Abbas bahawasanya beliau 
pernah membonceng di belakang Nabi SAW. Terdapat seorang remaja perempuan 
berada di belakang ayahnya lalu aku pun melihat kepadanya. Rasulullah SAW 
mengalihkan mukaku daripadanya (remaja perempuan itu]. 

Kathlr bin Shinzlr; al-Dhahabl: kata Abu Zur'ah: layyin. Kata Ahmad dan lain- 
lain: salih al-hadith. [Al-Kashif; op. cit; no. 4634] Ibnu Hajar: saduq yukhti' [Taqrib al- 
Tahdhib; op. cit; no. 6305] 

Sebenarnya, beliau da'If Al-Nasa'I: da'If tidak kuat. [Kitab al-Du'afa' wa-al- 
Matrukln (1405]; Beirut: Maktbah al-Kutub al-Thaqafiyyah; no. 533] Ibnu Hibban: 
banyak kesalahan di samping sedikit riwayat, termasuk antara orang-orang yang 
meriwayatkan perkara-perkara yang munkar daripada orang-orang yang terkenal 
sehingga keluar daripada had dijadikan hujah melainkan dalam (riwayatnya] yang 
menyamai (riwayat-riwayat] rawi-rawi thiqah [AI-Majruhin; op. cit; jil. 2, no. 223] Al- 
Daraqutnl: tidak kuat [Su'alat Abi 'AbdAIIah ibn Bukayr wa-Ghairi-hi li-Abi al-Hasan al- 
Daraqutni (1408 HJ; Amman: Dar Ammar; no. 23] 

Kesimpulannya, riwayat ini da'if 

Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal (1416 
H]; Beirut: Mu'assasah al-Risalah; no. 1823 dan Ibnu Khuzaymah dalam Sahih Ibn 
Khuzaymah (1400 HJ; Beirut: al-Maktab al-Islaml; no. 2832 menerusi Isra'Il bin Yunus 
'an Abu Ishaq - Amr bin Abd Allah - daripada Sa'Id bin Jubayr daripada Ibnu Abbas 
daripada al-Fadl bin Abbas, katanya: aku pernah membonceng di belakang Nabi SAW 
ketika bersurai daripada (urusan dij Muzdalifah sementara seorang Arab Badwi yang 
sedang membonceng anak perempuannya yang cantik Aku melihat kepadanya lalu 
Rasulullah SAW memegang dan mengalihkan mukaku daripada (melihatj kepadanya... 

Amr bin Abd Allah; al-Dhahabl: salah seorang tokoh... Seorang yang kuat 
berpuasa dan bersolat malam [AI-Kashif; op. cit; no. 4185] Ibnu Hajar: mukkthir, thiqah, 
abid... Bercelaru pada akhirnya [Taqrib al-Tahdhib; op. cit; no. 5697] 

Sebenarnya, beliau juga mudallis. Kata Ibnu Hibban: merupakan seorang 
mudallis [AI-Thiqat (t.tj; Hayderabad: Majlis Da'irah al-Ma'arif al-'Uthmaniyyah; jil. 5, 
hal. 177] 

Kesimpulannya, riwayat ini da';/dan hasan H-ghayri-hi. 

84 



menerangkan kesilapan menghubungkan permasalahan tersebut 
dengan kewajipan menutup muka. 

Beliau telah menyalahgunakannya untuk mengatakan wanita tidak 
wajib menutup muka walaupun cantik atau dilihat dengan syahwat 
kerana sukar untuk menilai kecantikan dirinya dan keadaan lelaki yang 
memandangnya. Bagi saya, disebabkan kesukaran itulah diwajibkan 
semua wanita menutup muka tidak kira cantik atau hodoh, berusia atau 
muda - melainkan al-qawa'id yang disebutkan oleh Allah dalam ayat 60 
surah al-Nur. 

Maka, berdasarkan jawapan yang diberikan, rebahlah dalil-dalil Fatimah 
Syarha demi menguatkan pendapat pilihan. Rebah tanpa sempat 
berperang. 



85 



Di antara kaedahyang disepakati dan tidak diperdebatkan 
ialahfatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, 

tempat, kebiasaan, dan keadaan. 
Fatimah Syarha 

Bab Empat 

Menguis Upaya Fatimah Syarha Mewajarkan 
Amalan Tidak Menutup Muka 

Fatimah Syarha tidak berasa cukup dengan hujah-hujah lesu yang 
dimuntahkan untuk memenangi perbahasan hukum wanita menutup 
muka. Beliau lalu berusaha pula untuk menyesuaikan buah rikirannya 
dengan suasana hari ini. Kononnya, menutup muka tidak seiring dengan 
zaman. Beliau tidak melafazkannya tetapi tulisannya bertutur jelas lagi 
nyata. 

Sekonyong-konyongnya beliau berkata di bawah tema 'Membuka Wajah 
Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan': 

Wanita dan lelaki harus berkomunikasi dalam muamalat 
atau urusan-urusan hidup seperti berjual beli, kesaksian, 
wakil-mewakilkan dan sebagainya. Ulama fikah 179 
sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika 
memberi keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim, 
saksi, dan lawan bicara mampu mengenalnya dan anak 
siapakah dia. 

Saya menolak dakwaan 'membuka wajah suatu keperluan dalam 
komunikasi berkesan'. Jika ini benar, maknanya menutup wajah 
mencacatkan sistem komunikasi antara manusia. Ini tuduhan yang 
melampau. Isteri-isteri Rasulullah SAW pun menutup muka di sisi 
seluruh ulama secara iitifak bahkan sebahagiannya mengatakan bahawa 
mereka tidak boleh mendedahkan muka sama sekali di hadapan ajnabi, 
adakah mereka mempunyai masalah ketika berhubung dengan para 



Pembetulan daripada asal: fikih. 



86 



sahabat dan tabiin yang menuntut ilmu serta hidup bersama mereka? 
Atau, komunikasi berkesan yang dimaksudkan bukan cara yang 
ditunjukkan oleh mereka tetapi cara yang diamalkan oleh orang-orang 
fasiq?! 

Saya takjub pula apabila beliau mengatakan 'wanita dan lelaki harus 
berkomunikasi dalam muamalat atau urusan-urusan hidup seperti 
berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya'. Komunikasi 
itu sekadar percakapan. Adakah percakapan terhalang atau terganggu 
apabila seseorang menutup mukanya? Pelik sungguh. Doktor dan 
jururawat pun menutup muka di dalam dewan bedah. Apabila jerebu 
atau ditimpa wabak selesema burung, orang ramai juga menutup muka. 
Adakah semua itu membuatkan mereka tidak dapat berkomunasi 
dengan berkesan? Atau, komunikasi berkesan itu adalah komunikasi 
yang berakhir dengan bersedudukan?! 

Kemudian, beliau mengatakan 'ulama fikah sependapat wanita 
hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di hadapan 
hakim hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di 
hadapan hakim, sehingga hakim, saksi, dan lawan bicara mampu 
mengenalnya dan anak siapakah dia.' Ini menambahkan kepeningan 
saya. Keperluan menunjukkan muka ketika memberi keterangan itu 
kerana 'komunikasi berkesan' atau kerana pengecaman? 

Selepas itu, adakah wanita perlu mendedahkan mukanya sepanjang 
penyaksian atau sekadar perlu untuk pengecaman yang bermakna 
wanita boleh menutup mukanya segera selepas dikenali? Jika sekadar 
perlu untuk pengecaman, apakah maknanya semua ini untuk 
menyokong 'membuka wajah suatu keperluan dalam komunikasi 
berkesan'?! 

Tambahan pula, apa yang dikatakan 'ulama fikah sependapat wanita 
hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan' tidaklah tepat. 
Tidak ada 'hendaklah' jika dapat dicam dalam keadaan muka tertutup di 
sisi sebahagian ulama. Termasuk mereka adalah pemuka tabiin, al-Zuhri 



87 



(124 H) yang mengatakan tentang kesaksian terhadap wanita di sebalik 
tabir; 

Sekiranya engkau mengenalinya, bersaksilah. Jika tidak, 
jangan bersaksi. 180 

Kata Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani tentang athar tersebut; 

Maksudnya tidak disyaratkan (bagi saksi) melihatnya 
semasa penyaksian bahkan memadai ia mengenalinya 
dengan apa-apa jalan yang mungkin dan tentang ini 
terdapat khilar... 

Tekankan pada 'tentang ini terdapat khilaf . 

Pewajaran Fatimah Syarha terhadap amalan mendedahkan muka tidak 
berhenti setakat itu. Malah, diteruskan dengan pendekatan baharu yang 
terangkum dalam kata-katanya di bawah tajuk 'Fiqh Dakwah: Menjaga 
Dakwah Lebih Utama'; 

Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan 
ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, 
tempat, kebiasaan, dan keadaan. 

Sejenak mengenai kaedah tadi, saya tidak mengingkari bahawa yang 
disebutkan adalah benar. Tetapi, aplikasinya tidak kena pada tempat. 
Hukum boleh berubah kerana masa dan tempat tetapi hukum yang 
bagaimana? Jawapannya saya serahkan kepada Dr. 'Abd al-Karim 
Zaydan; 



Diriwayatkan oleh al-Bukharl dalam Sahih al-Bukhan; op. cit; hal. 984 secara 
mu'allaq secara jazam. 

88 



Fatwa boleh berubah dengan berubahnya tempat dan 
masa. Ini sekiranya hukum syarak terbina di atas 'urf 
setempat dan uruf tersebut berubah tanpa (timbul) 'urf 
baharu yang bercanggah dengan nas syarak atau 
(sekiranya) hukum syarak terbina di atas makna tertentu 
dan makna tersebut berubah... 181 

Jadi, hukum yang boleh berubah itu hanyalah hukum-hukum yang 
disabitkan dengan 'urf atau 'illah. Masalahanya, adakah menutup muka 
wajib kerana 'urf atau 'illah tertentu? Jika kerana 'urf sudah tentu tidak 
Tidak ada seorang pun ulama mengatakan begitu. Memang ada antara 
mereka yang mengatakan kebiasaan wanita merdeka pada zaman 
Jahiliah menutup muka tetapi mereka mengatakan kebiasaan ini 
kemudiannya diperakukan dan disyariatkan oleh Allah - seperti Syeikh 
Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri. 182 Adapun kerana 'illah tertentu, maka 
'illah apakah itu? 

Berdasarkan ayat 59, surah al-Ahzab, 'illah kewajipan menutup muka 
secara zahirnya adalah supaya dapat dikenali dan tidak diganggu. 
Berdasarkan asbdb al-nuzul pula, 'illah adalah untuk membezakan 
wanita merdeka dengan hamba. Walau bagaimanapun, pihak yang 
mengatakan tidak wajib menutup muka memahami ayat tersebut 
sebagai mewajibkan melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh sahaja - tetapi 
dengan membiarkan muka terdedah. Ini bererti mereka mengatakan 
'illah melabuhkan jilbab sama dengan 'illah menutup muka kerana 
kedua-dua kewajipan berada dalam ayat yang sama. Jika mereka 
menolaknya sebagai 'illah melabuhkan jilbab, bererti mereka juga 
menolaknya sebagai 'illah menutup muka. Jika tidak wajib menutup 
muka, tidak wajib juga melabuhkan jilbab. 



181 Usul al-Da'wah (1396 H]; tanpa penerbit; hal. 160. 

182 Lihat: Ibraz al-Haqq wa-al-Sawab fi Mas'alah al-Sufur wa-al-Hijab (1412 H]; Riyadh: 
Dar al-TahawT; hal. 29-30. 

89 



Berdasarkan kalimat sebahagian ulama yang mewajibkan menutup 
muka secara tidak mutlak, 'illah kewajipan adalah fitnah. Apabila wujud 
fitnah, wujudlah kewajipan. Apabila hilang fitnah, hilangnya kewajipan. 
Sebenarnya, 'illah ini tidak sah kerana ghayr mundabitah. Selain itu, ini 
bermakna lelaki juga perlu menutup muka sekiranya mendatangkan 
fitnah. Ini mustahil. Sekiranya diterima juga fitnah sebagai 'illah, maka 
sekarang adalah zaman fitnah pastinya secara ijmak. Jika Fatimah 
Syarha memilih ini sebagai 'illah bererti menutup muka wajib di sisi 
beliau sendiri. 

Kata Syeikh Yusuf al-Dajwi (1365 H): 

... Sehingga ulama-ulama yang mengharuskan muka dan 
kedua-dua belah tapak tangan wajib mengharamkannya 
kerana apa yang dilakukan oleh para wanita sekarang. 
Pertama, kerana mereka tidak hanya mendedahkan muka 
dan kedua-dua belah tangan seperti yang sedia 
dimaklumi. Kedua, orang yang mengatakan (harus) pun 
mesti akan mensyaratkan aman daripada fitnah 
sedangkan fitnah sekarang tidak lagi terpelihara... Maka, 
masalah ini ijmak yang tidak khusus kepada salah seorang 
imam kaum Muslimin tanpa yang lain. 183 

Kata Syeikh Zahid al-Kawthari: 

Adapun apa yang diriwayatkan daripada imam-imam 
seluruh pelosok dunia tentang keharusan wanita 
mendedahkan muka dan kedua-dua belah tapak 
tangannya, ini dengan syarat tidak dibimbangkan berlaku 
fitnah. Di manakah (sekarang) masyarakat yang murni itu 
yang manusia di dalamnya terpelihara daripada fitnah 
ketika keluarnya wanita dengan muka terdedah? 184 



183 



Maqalat wa-Fatawa al-Shaykh Yusuf al-Dajwi al-Azhari (1401 H); Kaherah: al-Hay'ah 
al-'Ammah li-Shu'un al-Matabi' al-Amlriyyah; jil. 2, hal. 798-799. 
Maqalat al-Kawthari; op. cit. 

90 



Kata Syeikh Sa'id Ramadan al-Buti: 

Demikian, maka sabitlah ijmak di sisi seluruh imam - sama 
ada yang mengatakan wajah wanita aurat seperti 
Hanabilah dan yang mengatakannya tidak aurat seperti 
Hanariyyah dan Malikiyyah - bahawa wajib bagi wanita 
menutup mukanya ketika takutkan ritnah dengan dilihat 
oleh orang yang berada di sekitar dengan syahwat. 
Siapakah yang mampu mendakwa bahawa ritnah 
terpelihara sekarang dan bahawa tidak ada sesiapa pun di 
lorong-lorong yang memandang muka perempuan tanpa 
syahwat? 185 

Kata Syeikh Bakr Abu Zayd: 

... Ini di samping tidak ada seorang pun dalam Islam yang 
mengharuskan mendedahkan muka dan kedua-dua belah 
tapak tangan ketika wujudnya ritnah, lemahnya agama, 
dan rosaknya zaman. Malah, mereka bersepakat (wajib) 
menutupnya sebagaimana yang dinukilkan oleh beberapa 
orang ulama. Semua fenomena kerosakan ini muncul pada 
zaman kita yang menyebabkan wajib menutupnya (muka 
dan tapak tangan) walaupun tanpa adanya dalil-dalil lain 
(yang mewajibkannya). 186 

Pendek kata, menutup muka yang asalnya tidak wajib menjadi wajib 
pada zaman sekarang berdasarkan kaedah 'fatwa boleh berubah dengan 
berubahnya zaman, tempat, kebiasaan, dan keadaan' yang dikemukakan 
oleh Fatimah Syarha sendiri. Ingat, perubahan fatwa tidak hanya 
daripada wajib kepada tidak wajib. Boleh jadi hukum berubah daripada 
tidak wajib kepada wajib. 



185 Ila Kulli Fatah Tu'minu bi-AUah (1395 H); Damsyik: Maktabah al-FarabI; hal. 50. 
Hirasah al-Fadilah (1426 H); Riyadh: Dar al-'Asimah; hal. 54. 

91 



Meskipun begitu, kalau Fatimah Syarha tetap tidak mahu mengatakan 
fitnah sebagai 'illah, ini bererti menutup muka tidak termasuk dalam 
hukum-hakam yang boleh diubah suai atau ditukar ganti. Dengan itu, 
sia-sia sahajalah mukadimah beliau 'di antara kaedah yang disepakati 
dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya 
zaman, tempat, kebiasaan, dan keadaan' kerana tidak mempunyai apa- 
apa nilai dalam perbincangan ini malah boleh mendatangkan mudarat 
kepada Islam tatkala orang-orang jahil dan berkepentingan 
menjadikannya sebagai alasan untuk menidakkan hukum-hukum Allah 
seperti larangan riba, kewajipan pelaksanaan hudud, dan sebagainya. 

Seusai menyebutkan kaedah yang termasuk dalam kalimah al-haqq 
yurddu bi-ha al-batil itu, Fatimah Syarha menyambung terus dengan 
menulis; 

Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata, "saya berkeyakinan, zaman 
kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan 
kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun 
kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan 
wanita untuk membentuk keperibadiannya." "Di dalam 
kitab al-Ijtihad fi al-Syari'ah al-Islamiyyah, saya 
menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak 
dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan 
penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang 
komunikasi antara dirinya sebagai da'i dan masyarakat 
sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah 
lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga 
kerananya." 

Sekali lagi disebutnya nama Syeikh al-Qaradawi yang tidak dihairankan 
sedikit pun kerana beliau terkenal dengan manhaj taysir di bawah 
slogan tajdid. Dalam teks tadi pun disebutkan '... yang memudahkan 
wanita...' Sekali lagi, unsur-unsur taysir diselitkan. Tetapi, penyebutan 
namanya bermanfaat iaitu menambahkan lagi keyakinan bahawa rikrah 

92 



Fatimah Syarha hanyalah salinan rikrah al-Qaradawi. Tidak ada yang 
lain. Kalau diambil daripada orang lain pun, tetap akan kembali kepada 
al-Qaradawi. Ulama atas muka bumi hanyalah al-Qaradawi gamaknya. 

Saranan al-Qaradawi supaya 'wanita yang bergerak dalam bidang 
dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah' supaya 'tidak 
menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da'i dan 
masyarakat sebagai objek dakwah' adalah kata-kata indah yang beracun. 
Seorang Muslimah yang menceburi bidang dakwah pastinya akan 
berdakwah kepada kaum Muslimat, bukan Muslimin. Maka, kalau 
sesama mereka sama, tiada siapa pun yang menghalang mereka 
mendedahkan muka. Jadi, apa ertinya menutup muka menjadi 
'penghalang komunikasi'? 

Mungkinkah beliau memaksudkan sesuatu yang lain iaitu dakwah 
wanita kepada lelaki? Jika itulah maksudnya, ini adalah bala yang besar. 
Lelaki yang terjun dalam lapangan dakwah terlalu ramai, tidak perlu lagi 
bantuan wanita untuk berdakwah kepada lelaki. Jika masih perlu pun, 
tidaklah sampai perlu berhubung secara langsung. Kalaupun perlu, tetap 
tidak perlu sampai mendedahkan muka. Sesungguhnya, sebesar mana 
pun peranan seorang wanita dalam dakwah, peranannya tidaklah lebih 
besar daripada peranan isteri-isteri Rasulullah SAW. Tetapi, Allah taala 
tetap memerintahkan mereka menutup muka dan mengajar di sebalik 
tabir. Cukuplah mereka sebagai hujah untuk menolak 'kemaslahatan 
dakwah' yang dikhayalkan al-Qaradawi. 

Sebagai renungan, saya perturunkan pesanan ringkas yang disampaikan 
oleh seorang ustazah yang teguh mempertahankan purdah yang 
dipakainya kepada saya: 

... Bapa kepada anak ana juga adalah seorang ustaz yang 
mengajar kelas hafiz di.... Beliau pernah berucap dalam 
perhimpunan bahawa perempuan-perempuan yang tak 
tanggal niqabnya semasa makan adalah melampau. Kalau 
orang bukan Islam tengok, tentu mereka takut nak masuk 

93 



Islam. Kami, muntaaibdt sangat terasa dengan kata-kata 
beliau. Mana taknya, ana sendiri pernah kisah orang 
bukan Islam masuk Islam kerana niqab yang dipakai oleh 
Muslimat. Ada seorang kawan ana yang berniqab pernah 
mengislamkan seorang perempuan Mat Salleh. Selepas 
peluk Islam, dia terus minta nak pakai niqab. Kita yang 
duduk bersusah-susah dengan muntaaibdt ni, berapa 
ramai orang bukan Islam yang masuk Islam di tangan 
kita?... Akhir kalam, sebagai muntaaibah, memang banyak 
cabaran yang terpaksa dihadapi sehingga ada yang 
terpaksa menanggalkan niqab. 

Saya juga mengenali seorang aktivis dakwah yang setia dengan 
purdahnya. Beliau tidak belajar di 'dalam sebuah masyarakat yang 
memang membudayakan niqab' tetapi di tempat kita yang aman 
harmoni ini. Universiti tempat beliau belajar bukan UIAM, Universiti 
Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 
Universiti Malaya (UM), yang Islamik. Tetapi, dakwahnya diterima 
dengan begitu meluas, maju, dan setanding - kalau tidak lebih pun - 
dengan dakwah yang diusahakan oleh Muslimat tidak berpurdah. 
Adakah ini suatu bukti menutup muka oleh seorang wanita 'menjadi 
penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da'i dan masyarakat 
sebagai objek dakwah'?! 

Kemudian, di bawah tajuk 'Jangan Bergaduh Soal Niqab' Fatimah Syarha 
berkata pula; 

Dr. Yusuf al-Qaradawi mengingatkan, "tidak dibenarkan 
bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan 
menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita 
muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah 
dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab 
tanpa penutup wajah." "Seharusnya serangan mereka 
diarahkan kepada kaum liberalis yang mengarahkan 
kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. 

94 



Para Muslimah itu sendiri telah bersusah payah 
mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, 
kampungnya dan rumahnya." 

Selepas bertungkus-lumus mempertahankan pendapat tidak 
mewajibkan menutup muka walaupun terpaksa menggunakan hujah- 
hujah yang tidak masuk akal dan ritnah terhadap para ulama selain 
menggambarkan amalan mendedahkan muka lebih 'utama dipilih oleh 
wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini' kononnya kerana 
menjadi 'penghalang komunikasi', beliau boleh pula berkata, jangan 
bergaduh soal niqab. 

Saya bukan mahu bertegang urat berbalah persoalan khilaf ini tetapi 
saya geram melihat menutup muka dijadikan bahan persendaan. Bukan 
sekadar dihina, pemakaian purdah juga diharamkan di jabatan-jabatan 
kerajaan dan institusi-institusi pengajian dalam pekeliling dan kod etika 
mereka. Saya kemukakan dua contoh larangan. 

Pertama, oleh USIM. Dalam Kod Etika Pakaian Staf, antara 'Pemakaian 
yang Tidak Dibenarkan Semasa Bekerja' adalah memakai purdah atau 
apa-apa pakaian yang menutup muka semasa di pejabat. 187 

Kedua, oleh UniSZA. Dalam Panduan Prasiswazah disebutkan dengan 
jelas 'pemakaian purdah adalah dilarang sama sekali'. 188 

Ini tidak dikira kes Hjh. Halimatussaadiah Hj. Kamaruddin dibuang kerja 
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana tidak mahu 
menanggalkan purdah. Apabila kes ini dicabar di Mahkamah Tinggi, 
diputuskan bahawa keputusan JPA memecat Halimatussaadiah adalah 
betul. 



Kod Etika Pakaian Staf2011 (2011]; Nilai: Bahagian Governan dan Pentadbiran Am 
Universiti Sains Islam Malaysia; hal. 13. 

Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2011/2012 Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 
(2011]; Kuala Terengganu: Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sultan Zainal 
Abidin; hal. 188. 

95 



Anehnya, agamawan-agamawan bukan mahu membela malah 
membantu musuh dengan mengeluarkan fatwa 'purdah tidak wajib', 
'purdah hanya sunat di sisi jumhur', 'purdah hanya budaya Arab', dan 
seumpamanya. Bukantah mereka sendiri mengakui menutup muka itu 
sunat hukumnya tetapi mengapa mereka tidak menyeru ke arahnya 
malah mengatakan 'tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang 
menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang 
wanita muslimah yang berpegang, beramal, dan berdakwah dengan 
pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah'? 
Adakah bagi mereka, tidak dibenarkan bagi saudara-saudara yang 
berjemaah di masjid dan menyeru kepadanya menyerang pemuda 
Muslim yang berpegang, beramal, dan berdakwah dengan pendapat 
majoriti ulama yang mewajibkan solat tanpa berjemaah di masjid?! 

Hakikat yang perlu diperjelaskan, tidak wujud apa yang digambarkan 
oleh al-Qaradawi sebagai 'saudari-saudari yang menutup wajahnya dan 
menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang 
berpegang, beramal, dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama 
yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah' itu. Jika ada, terlalu nadir. 
Yang sebetulnya, hampir keseluruhan 'serangan' tersebut dilakukan 
oleh ulama-ulama daripada kaum lelaki dari serata dunia. 189 Hanya 
sedikit wanita yang terlibat. 

Itu pun tidak pantas dipanggil serangan kerana mereka hanya 
melakukan pembahasan secara ilmiah dan berhemah. Jika kadang- 
kadang mereka melampau, itu adalah percikan api semangat mereka 
mempertahankan Islam daripada dinodai pencemaran fakta dari dalam 
dan serangan pemikiran dari luar. Pihak yang memperjuangkan 
keharusan menutup muka tidak mengerti semua ini kerana dakyah 
mereka berhasil. Seluruh dunia termasuk di Arab Saudi dan Yaman, para 



Lihat: Sulayman bin Salih al-Kharashl Asma' al-Qa'ilm bi-Wujub Sitr al-Mar'ah li- 
Wajhi-ha min Ghayr al-Najdiyyin wa-Fawa'id Ukhra; http://www.saaid.net/Warathah/ 
Alkharashy/m/29.htm tanpa tarikh. 

96 



Muslimat mula meninggalkan purdah. Ramai juga yang membuang 
tudung. 

Kalaulah al-Qaradawi dan muridnya, Fatimah Syarha tahu kisah di 
sebalik konspirasi Barat menelanjangkan wanita Islam yang dimulai 
dengan penanggalan purdah, pasti beliau faham mengapa para ulama 
bersungguh-sungguh mempertahankan kewajipan menutup muka. Saya 
sebutkan satu antaranya - mudah-mudahan mereka insaf. 

Saya ceritakan detik-detik pertama jenayah terhadap purdah di Mesir. 
Saad Zaghloul (1927 H), seorang tokoh negara Mesir telah dibuang 
negeri ke pulau Seychelles oleh kerajaan British untuk suatu ketika. 
Kemudian, beliau dibenarkan pulang. Orang ramai di Iskandariah, Mesir 
sedia menyambut kepulangannya. Didirikan dua khemah besar masing- 
masing untuk lelaki dan wanita-wanita berpurdah. Sebaik sahaja Saad 
turun daripada kapal, beliau pergi ke khemah wanita dan menemui 
Huda Shaarawi (1947 H) yang masih berpurdah. Kemudian, Saad 
menghulurkan tangannya ke muka Huda lalu mencabut purdah daripada 
wajahnya seperti yang telah dirancang sambil ketawa. Huda pun 
bertepuk tangan diikuti oleh wanita-wanita lain yang sama-sama 
menanggalkan purdah mereka. 190 

Di sebalik perjuangan Fatimah Syarha mempertahankan pendapat 
'majoriti ulama' itu, tersembunyi rahsia ini. Beliau mungkin tidak sedar 
tetapi hakikatnya beliau bersetongkol dengan musuh-musuh Islam. Jika 
al-Qaradawi dan Fatimah Syarha benar-benar ingin membela Islam, 
sepatutnya 'seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum 
liberalis yang mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka 
ala Barat. Para Muslimah itu sendiri telah bersusah payah 
mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya, dan 
rumahnya.' Itu lebih baik daripada mereka melaksanakan perancangan 



190 Rujuk: Muhammad bin Isma'Il al-Muqaddam (1427 H]; 'Awdah al-Hijab; Riyadh: Dar 
Taybah; hal. 80-81. 

97 



musuh terhadap umat Islam satu demi satu bermula dengan purdah, 
diikuti dengan tudung, dan akhirnya pakaian seluruhnya. 

Kemudian, Fatimah Syarha menambah lagi; 

Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan 
banyak kesulitan. Allah memberi keringanan dalam setiap 
kesulitan. Allah SWT berfirman, "Dia tidak menjadikan 
untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." (Al-Hajj: 
78). Rasulullah bersabda, "saya diutus dengan kelapangan 
dan toleransi beragama." Hingga ulama kita memberi 
kaedah, kesulitan mendatangkan kemudahan. Rasulullah 
memerintahkan kita mempermudah urusan bukan 
menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan. 

Kalau sebelum ini beliau berlapik, kali ini secara terang-terangan beliau 
mengatakan menutup muka menimbulkan kesusahan kepada kaum 
wanita pada zaman ini. Beliau sebenarnya kebingungan kerana tidak 
mampu memahami pendapat lawan. Seandainya beliau faham, pasti 
tidak akan tergamak menuturkan kata-kata seteruk itu. 

Para ulama yang mewajibkan menutup muka tidaklah memaksa wanita 
menutup muka pada setiap saat atau di semua tempat. Wanita hanya 
dituntut menutup muka ketika keluar daripada rumah atau dilihat oleh 
golongan tertentu sahaja. Mereka dibenarkan mendedahkan muka 
apabila perlu sama ada kerana darurat atau hajat yang diiktiraf syarak 
Jadi, dari mana 'mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini 
melahirkan banyak kesulitan'? 

Sekiranya menutup muka benar-benar menyulitkan, mengapa Fatimah 
Syarha tidak menyeru wanita supaya menutup muka dalam keadaan- 
keadaan yang tidak menyulitkan sahaja? Bukankah md layudraku kullu- 
hu Id yutraku kullu-hu dan bukankah juga al-maysur la yasqutu bi-al- 
ma'suf> 



98 



Pada akhirnya, Fatimah Syarha menutup karangannya dengan sebuah 
penutup yang berbunyi; 

Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, 
jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing- 
masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh 
para sahabiyyah. Masing-masing mengikut sunnah secara 
manhajnya dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua- 
duanya saling menghormati, memahami, saling membela, 
tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana 
merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling 
bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka, dan lapang dada 
dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar 
keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap 
alam. 

Satu lagi helah beliau, menyarankan para Muslimat yang sedia 
mengamalkan tuntutan menutup muka supaya meneruskannya agar 
beliau dilihat seakan-akan membela golongan berkenaan. Kononnya 
'masing-masing ada peranan'. Peranan apa kalau mereka 'menjadi 
penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da'i dan masyarakat 
sebagai objek dakwah'? 

Kononnya 'masing-masing mengikut contoh para sahabiyyah. Masing- 
masing mengikut sunnah secara manhajnya dan menutup aurat' 
'Mengikut sunnah secara manhajnya'? Ya, kerana 'realiti yang berlaku 
pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab' dan 'wanita 
pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan 
hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu sahaja'. 

Kononnya 'apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, 
memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling 
merendahkan kerana merasa diri lebih baik...' walhal awal-awal lagi 
beliau mengatakan 'tidak berniqab pula menjadi utama dipilih oleh 
wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini.' Beliau juga 

99 



mengatakan 'mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan 
banyak kesulitan.' Apakah ini 'akhlak, baik sangka, dan lapang dada 
dalam berbincang'? 



100 



Peleraian 

Melewati bahagian terakhir, banyaklah kesimpulan yang dapat dibuat 
hasil pengamatan yang mendalam terhadap tulisan Fatimah Syarha 
berkenaan amalan menutup muka. Saya sebutkan sebahagian 
daripadanya. 

Pertama, menyatakan jumhur ulama berpendapat tidak wajib wanita 
menutup muka sama sekali adalah omongan kosong semata-mata dan 
menyalahi kenyataan yang berlaku. Bahkan, jumhur ahli fiqh yang 
terdiri daripada sebahagian besar ulama mazhab Hanan", Shafi'i, dan 
Hanbali serta sebahagian kecil ulama mazhab Maliki seia sekata 
mewajibkan para Muslimat menutup muka secara jelas dalam kitab- 
kitab muktabar di sisi mereka. Selebihnya, meskipun tidak berpendapat 
begitu tetap mewajibkan dalam keadaan-keadaan yang khusus. Hanya 
segelintir yang didapati tidak mewajibkannya secara mutlak tetapi 
inilah yang didakwa oleh Fatimah Syarha sebagai pendapat jumhur. 

Kedua, dalil-dalil yang dijadikan sandaran pendapat pilihan Fatimah 
Syarha tidak kukuh. Ayat zmah dalam surah al-Nur adalah sebaik-baik 
hujah tetapi tetap kurang kuat kerana masih boleh diserasikan dengan 
dalil-dalil yang mewajibkan. Hadis Asma' binti Abu Bakr PvA tidak 
menepati piawaian untuk dijadikan hujah dalam hukum-hakam syariat. 
Demikian pula halnya dengan hadis Thabit bin Shammas RA yang 
disepakati kelemahannya di sisi ahli hadis. 

Hadis larangan memakai penutup muka ketika ihram dalam hadis pula 
tidak menunjukkan keharusan mendedahkan muka kepada ajnabi 
secara mutlak Sementara itu, perintah supaya lelaki menjaga mata 
dalam ayat 30, surah al-Nur langsung tidak masuk akal untuk 
mengatakan wanita tidak perlu menutup muka. Semata-mata tidak 
disebutkan perintah menutup muka secara jelas seperti perintah 
menutup dada dalam ayat khimdr, surah al-Nur juga tidak kurang luar 
biasanya. 



101 



Ayat 52, surah al-Ahzab yang mengandaikan keadaan Rasulullah SAW 
tertarik dengan kecantikan wanita sama lemahnya dengan perintah 
menundukkan pandangan dalam ayat 30, surah al-Nur tadi. Bagaimana 
dapat diterima penghujahan dengan hujah rekaan sendiri bilamana 
kemudiannya mendakwa hanya beberapa orang sahabiyyah yang 
menutup muka dan pula pada waktu-waktu tertentu sahaja?! Akhirnya, 
hadis al-Fadl bin 'Abbas menjadi mangsa tetapi malangnya tidak jelas 
untuk dibuat sokongan. 

Ketiga, keghairahan Fatimah Syarha untuk mewaraskan tindakannya 
mempertahankan pendapat tidak wajib menutup muka janggal sekali. 
Diada-adakan alasan yang secara halusnya menjatuhkan harga diri 
purdah dan pemakainya. Dituduhnya menutup muka menimbulkan 
masalah dalam perhubungan antara jantina dan melembabkan 
perjalanan dakwah kepada masyarakat. Semua pewajaran ini 
bercanggah dengan dunia nyata yang dihadapi oleh para pengamal 
tuntutan menutup muka dan didustakan oleh akal rikiran yang sihat. 

Saya mohon supaya Ustazah Fatimah Syarha meluruskan semula 
kenyataannya. Saya tidak mahu rikiran umat Islam diracuni propaganda 
Barat dengan bantuan pendakwah-pendakwah daripada kalangan 
mereka sendiri. Moga-moga tidak seperti 'harapkan pegar, pegar makan 
padi.' 



102